Artis / Selebriti
” Bobo ni lama lama tengok sweet jugak.. ” – Ummi Nazeera

Muatnaik gambar watak Bobo dalam drama Andai Tiada Dia, perkongsian Ummi Nazeera raih perhatian ramai. Komen suami Ummi, Dr Izzar dan Hisyam Hamid buat ramai terhibur. Adui lawak lah, haha..
Drama Andai Tiada Dia, arahan oleh Riza Baharudin dan dibintangi pelakon Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim mendapat sambutan hangat oleh para penonton sejak ditayangkan pada bulan Oktober lalu di Astro Ria.
Seperti biasa, lakonan oleh Ummi Nazeera sering mendapat pujian ramai kerana Ummi seorang yang pandai menjiwai watak yang diberikan kepadanya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Ummi ada memuatnaik posting terbaru mengenai drama Andai Tiada Dia.
Menerusi posting tersebut, Ummi ada berkongsi dua gambar pelakon Zahiril Adzim yang memegang watak sebagai Falah dan seorang lagi pelakon memegang watak Bobo. Tulis Ummi di ruangan kaspyen dengan berseloroh mengatakan yang Bobo juga seorang yang ‘sweet‘ .
Perkongsian Ummi itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur dan mengatakan risau jika drama Andai Tiada Dia ini mempunyai plot twist yang mana akhirnya watak Bobo adalah hero sebenarnya drama tersebut. Selain itu, posting Ummi juga mendapat respon daripada suaminya, Dr Izzar dan Hisyam Hamid yang membawa watak Haikal dalam drama itu.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Ummi tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Haipppp, Bobo utk Uda. Suri dengan Falah je.. Jangan plot twist sudah, nanti Bbobo pun ada hati dengan Suri, hahaha.. “
” Plot twist , bobo adalah hero dalam drama ni HAHA.. Pengsan kami semua yang nak tengok Suri dan Falah bersatu, aduhhhh.. Jangan2.. “
” Falah pepenat nak amik hati, Bobo yg dpt perhatian Suri ni.. Elehhhh…. Dlm hati suka Falah. Nanti Falah lamar dia tepi laut laju je terima.. “
” Ketua masuk ketua… Suri ada plan nak consider Bobo sebagai pengganti ni. Come on jangan buat malu kami, ketua Zahiril Adzim.. “
” Patut la tak layan Falah. Minat bobo rupanya.. Okayy, kita ubah, Suri untuk Bobo, Haikal untuk kawan Intan atau ex tunang Falah.. “
” Aku risau takut last2 Bobo dapat yang dapat Suri.. Tengok Falah mcam cepat mengalah ja.. Huhuhu.. Ish makin suspen plk ni.. “
” Takpe suri . Walaupun terpaksa rela utk rujuk . Nanti kat mahkamah mohon fasak Ye . Tak pun tebus talak, geram aku ahaha.. “
Komen Dr Izzar dan Hisyam Hamid :
Dr Izzar sememangnya suka membuat lawak. Ada sahaja posting mengenai drama lakonan Ummi yang akan dikongsikan olehnya dalam posting yang mencuit hati. Komen Hisyam juga mendapat banyak tanda suka. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan episod seterusnya, apakah kesudahan drama Andai Tiada Dia ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG umminazeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen