Artis / Selebriti
” Dia tahu value isteri dia. Ini lah Falah yang sebenar.. ” – Komen Netizen

Muatnaik ucapan untuk suaminya Dr Izzar Anwari, perkongsian Ummi Nazeera menyentuh hati peminat. Bak kata Ummi, dia membesar tanpa seorang ayah. Tak semua suami sanggup berkorban macam Dr Izzar, salute lah..
Sekalipun pasangan ini berlainan bidang dan kerjaya, tetapi mereka saling menyokong antara satu sama lain. Ummi Nazeera dan Dr Izzar antara pasangan yang diminati oleh ramai wargamaya. Dr Izzar adalah contoh suami yang selalu menjadi tulang belakang kerjaya seorang isteri.
Setiap kali Ummi keluar dengan drama baru, Dr Izzar pasti akan memainkan peranannya sebagai peminat nombor 1 Ummi. Malah Dr Izzar juga pernah muncul dalam drama lakonan Ummi dan mereka pernah bergandingan walaupun hanya sebagai watak sampingan.
Meninjau entry di akaun Instagram Ummi Nazeera, telah dikongsikan beberapa keping gambar Ummi bersama Dr Izzar dan anak-anak mereka, Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia. Posting ini khas daripada Ummi untuk suaminya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan yang diberikan.
Ujar Ummi, Dr Izzar memainkan peranannya sebagai bapa yang baik untuk anak-anak mereka. Ketika Ummi sibuk di lokasi penggambaran Andai Tiada Dia, Dr Izzar yang mengambil tanggungjawab untuk menjaga Ayra dan Aysha. Ummi membesar tanpa kehadiran seorang ayah dan sikap yang Dr Izzar tunjukkan terhadap anak-anak sangat bermakna untuk Ummi.
Jom ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” This is beautiful.. Suami yg baik, yang memahami dan bertolak ansur.. alhamdulillah sebenarnya anak-anak suri dapat ayah yang bertanggungjawab.. “
” Alhamdulillah, suami ummi nak lihat awak bahgia nak awak berjaya sama2 dia tau bakat ummi tak boleh disia2kan.. dia tau value isteri dia. tak semua suami wise about this. tahniah utk suami dan anak2 ummi memahami sangat dan bkorban skit.. “
” Semoga family ni kekal hingga ke jannah Aamiin.. Suka tengok husband sentiasa support ummi.. tulang belakang untuk ummi terus berkarya.. “
” May both of you remain happily together until eternity… bahagia hingga syurga.. insyallah aaminn.. ini lah definisi sebenar suami yang boleh tumpang.. “
” Ummi sangat bertuah mempunyai Dr Izzar sebagai suami. Semoga perkahwinan ummi dan dr izzar kekal sehingga jannah.. “
” Patutlah suri lebih menghayati part dengan abah, terkesan sampai ke sini.. gud job.. Semoga ummi terus bahgia bersama Dr Izzar hingga ke akhir hayat. Aamiiin.. “
” Aaww Dr Izzar mesti tengah berbunga bunga dalam hati tuu.. ni lah Falah yang sebenar.. such a great husband and dad.. Alhamdulillah.. “
Allah telah mengaturkan hidup Ummi yang terbaik dan hadirkan Dr Izzar sebagai pasangan hidup yang selalu ada bersamanya. Semoga bahtera perkahwinan Ummi dan Dr Izzar sentiasa aman damai dan bahagia selalu bersama 2 orang puteri kesayangan mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ummi Nazeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen