Connect with us

Artis / Selebriti

” Natural vibrato suara dia, merdu sangat. Pandai abang Ajai pilih penyanyi.. ” – Netizen

Ajai Kongsi Video Nyanyian Semula Lagu Arwah Siti Sarah, Saat Hilang Cintamu Oleh Aufa Hanie Buat Ramai Tersentuh Mendengarnya. Sebak Dengar Alunan Suara Aufa, Penuh Dengan Penghayatan, Menusuk Sampai Ke Hati. Ajai Pun Puji Cakap Aufa ‘Ada Barang’ !!

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ajai sebelum ini, Ajai ingin mencari penyanyi baru untuk menyanyikan semula lagu-lagu melet0p ciptaannya dan antaranya adalah lagu Saat Hilang Cintamu dendangan asal arwah Siti Sarah Raissuddin. Kini Ajai telah pun bertemu dengan bakat baru yang dirasakan sesuai dengan lagu tersebut.

Meninjau akaun Instagram Ajai, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan Ajai bersama bekas peserta Big Stage 2023 iaitu Aufa Hanie. Setelah diteliti, Ajai memilih Aufa untuk menyanyikan lagu Sarah ini. Kata Ajai, Aufa ‘ada barang’ dan suara yang merdu.

Nyanyian dan penghayatan Aufa berjaya memikat hati Ajai. Bukan mudah untuk mendapat pujian daripada komposer terkenal ini. Ajai seorang yang mementingkan mutu suara dalam setiap ciptaannya. Mendengar akan suara Aufa, ramai yang terpesona dengan kelunakannya itu.

Memetik komen warganet, Aufa membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri dan tidak meniru gaya Sarah. Tenang sahaja mendengar suara Aufa dan ramai yang sedih dan terus teringat kepada arwah Siti Sarah. Lagu ini sememangnya sangat dekat dengan Sarah dan salah satu trademark Sarah.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Ajai ini. Ramai yang memuji kelunakan suara Aufa dan antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Pandai abang ajai pilih penyanyi sebab sis ni nyanyi dapat feel yang mendengar.. Sedap dia bwk lagu ni ajai. tak over nak copy cara sarah bawak. bagus.. ”

” Terkenang.. al fatihah arwah siti sarah… sedap aufa nyanyi.. Tbaik bdk ni Ajai.. dr week first lgi aku tgk dia mmg ade barang. gifted.. ”

” Her voice merdu mcm arw4h siti Sarah.. Merdu suara menusuk … Al fatihah buat arw4h Siti Sarah.. terbaek idola.. ”

” Abg ajai tlg upload full version…. Sedap sngt suara aufahaniee … Terubat rindu kami pada arw4h siti sarah.. ”

” Natural vibrato suara dia.. merdu sangat suara aufa haniee.. Semoga berjaya ua adik.. Saya terus teringatkan arw4h siti sarah.. Al-fatihah.. ”

” Ajai sangat bijak menggali dan memilih bakat seseorang.. Allah rindunya… arw4h sarah.. xpe dia bawak cara dia langsung x copy arw4h.. ”

” Sedapnye suara aufa sed1h bila teringat arw4h. pandai abg ajai pilih penyanyi suara sdp mcm arw4h suaranye.. ”

Ini baru sikit sahaja nyanyian Aufa yang Ajai ‘payung ‘ untuk halwa telinga peminat. Ramai yang tak sabar untuk mendengar nyanyian penuh Aufa. Apa-apa pun, Ajai memilih penyanyi yang ‘ada barang’ untuk lagu berh4ntu arwah Siti Sarah ini. Selamat maju jaya Aufa Hanie dan semoga menjadi bintang yang bersinar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ajai, IG Aufahanie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT