Artis / Selebriti
” Gelak kuat aku dengar ayat last Datin bagi dekat Dato’ tu, adoi lawak betul lah.. ” – Netizen

Video Datin Shahida Merajuk Sebab Dato’ Aliff Syukri Lupa Ulangtahun Perkahwinan Mereka Yang Ke 16 Tahun Buat Ramai Terhibur. Part Dato’ Aliff Tanya Bahagia Tak Hidup Dengan Dia Tu Win Sangat Jawapan Datin Shahida, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri telah berkongsi satu video bersama isterinya, Datin Shahida. Menerusi video itu, Datin Shahida bertanya kepada Dato’ Aliff adakah ingat tarikh istimewa. Namun Dato’ Aliff memberitahu yang dia tidak tahu.
Merajuk dengan jawapan yang diberikan oleh Dato’Aliff itu, Datin Shahida memejamkan matanya sambil duduk di sofa. Setelah itu Dato’ Aliff memberikan satu kotak kepada Datin Shahida dan mengucapkan ucapan selamat ulangtahun perkahwinan mereka. Rupanya semalam genap usia perkahwinan pasangan ini yang ke 16 tahun.
Dato’ Aliff telah berkongsi beberapa gambar kenangan sepanjang perkahwinannya dan memberikan ucapan yang indah buat Datin Shahida. Akui Dato’ Aliff, kehidupan rumahtangganya ada pasang surut, namun Dato’ Aliff bersyukur kerana Datin Shahida menerima kekuranganya dan begitu juga dengan Dato’ Aliff.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan terhibur mendengar pengakuan Datin Shahida setelah ditanya oleh Dato’ Aliff adakah Datin Shahida bahagia bersamanya. Selain Dato’ Aliff, Datin Shahida juga turut berkongsi video dan ucapan di akaun Instagram miliknya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Gelak kuat aku dengar ayat last Datin bagi dekat Dato’ tu, ad0i lawak betul lah.. Tanya lagi kan soalan macam tu, kan dah kena setempek, hahaha.. “
” Kan dh kena dgn datin klu tak bahgia tak keluar 6, haahahhahahaha terus nampak muka Dato’ malu2 kucing, hahahahaha.. “
” Seronoknyaaaa tgk.. Happy Anniversary Dato dan Datin… Semoga bahagia till jannah.. Comel dengar jawapan Datin tu, hehe.. “
” Ahamdulillah… Happy Anniversary Dato dan Datin, semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang dan kekal hgga ke jannah. Aamiin.. “
” Hahaha.. Ayat last tu, klu tak bhgia tak kn la kluar 6.. Spontan je yer sekali Datin buat lawak, kita yang dengat pun ketawa.. “
” Happy Anniversary untuk datin Shahida dan dato Aliffsyukri yg ke 16.. Bahagia selalu di dalam mengarungi biduk rumah tangga, dan semoga senantiasa Allah jaga selalu di dalam kebaikan until jannah.. “
” Alhamdulillah, Barakallahu fiik.. Semoga terus bercinta hingga ke jannah… Semoga di bawah lindungan Allah sekeluarga.. Pasangan paling comel di abad ini, hehe.. “
Wah dah 16 tahun rupanya usia perkahwinan pasangan ini,. Sweet juga Dato’ Aliff ni, cuma jarang nak pamerkan. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Dato’ Aliff dan Datin Shahida, semoga perkahwinan kalian akan terus aman sentosa serta kekal hingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris, shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar