Artis / Selebriti
” Naik bulu roma dengar Thalita nyanyi lagu arwah ibu dia.. ” – Komen Netizen

Video anak Shuib Sepahtu, Thalita menyanyi lagu popular arwah ibunya Siti Sarah berjudul ‘Semakin’ buat ramai tersentuh. Alahai sebaknya dengar Thalita menyanyi lagu ini. Tapi makin sedap suara Thalita, Daddy pun puji..
Sebagaimana yang semua ketahui, baru-baru ini Ajai ada menawarkan anak perempuan Shuib, Thalita untuk sama-sama menjayakan konsert Mega Ajai & Friends yang bakal berlangsung di Singapura. Ianya peluang keemasan untuk Thalita melebarkan lagi bakatnya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan satu video ketika Shuib dan Thalita sedang membuat live. Kali ini Thalita memperdengarkan kepada semua pendengar dengan lagu popular arwah Siti Sarah berjudul Semakin. Lagu ini juga salah satu lagu trademark Siti Sarah yang disukai oleh peminat.
Mendengar lontaran suara Thalita membuatkan ramai yang kagum. Usaha Thalita melakukan latihan setiap hari berhasil dan vokal Thalita semakin mantap. Suara Thalita diakui ramai saling tak tumpah dengan suara Siti Sarah dan ianya menjadi pengubat rindu semua terhadap Siti Sarah.
Shuib sendiri memuji suara Thalita menyanyikan lagu tersebut. Walaupun agak kelam kabut tetapi lenggok Thalita itu semakin bagus. Thalita benar-benar mengingatkan semua terhadap Siti Sarah. Allah mengurniakan kepada Thalita tone suara seperti arwah ibunya, memang meremang semua mendengar suara Thalita.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Naik buluh Roma dengar Thalita nyanyi lgu arwah ibu dia.. terbaik adik talita. wajah suib nampak sedih jeee.. “
” Credit to mummy wati too.. Menyayangi dn menjaga anak2 shuib dgn baik.. sedap suara Thalita, makin sedap.. “
” Memang bakal top dekta.. suara semakin bagus.. daddy yg selalu ada.. cantik penapilan sesuai dg usia, mesti mummy grooming imej.. “
” Shoib daddy yang terbàik. mendidik Anak-anaknya, Shuib jangan sedih-sedih tak bolih tipu wajah melambang kan keikhlasanmu.. “
” Masya Allah good job adik talita tak lupa juga ayahnya suip… suaranya mirip arwah.. Alfatihah buat arwah Siti Sarah.. “
” Masya Allah good job adik talita tak lupa juga ayahnya suip… terbaik Thalita. bakal2 popular… semuga dekta berjaya di dunia, di akhirat.. “
” Thalita yg nyanyi, aunty yg nangis nak…. semangkin cantik suara adik thalita. terbaik adik thalita. be the Best ok. semoga berjaya seperti ibu.. “
Nyanyian Thalita semakin bagus dan banyak kemajuan vokalnya dari hari ke hari. Teruskan latihan Thalita untuk memantapkan lagu skill nyanyian Thalita itu. Semoga Thalita dapat mencipta sejarahnya yang tersendiri di Konsert Ajai & Mega Friends nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, Tiktok Ixorra Design
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen