Artis / Selebriti
” Mr E betul lah saje cari pasal, jujur sangat tu. Kan Erra dah merajuk, manja je bunyinya, haha.. ” – Komen Netizen
Sedutan podcast Kasi Onz Erra Fazira, Ezwan Zain dan Norman Hakim mencuit hati warganet. Alahai jujur sangat ni Mr E, sampai merajuk Erra dengar ayat Mr E. Norman pula tersepit kat tengah-tengah, haha..
Podcast Kasi Onz Channel oleh pasangan romantis, Erra Fazira dan Ezwan Zain semakin mendapat tempat di hati pendengar. Perbincangan secara terbuka oleh Erra dan Ezwan dengan topik-topik menarik diselangi dengan senda gurau memeriahkan suasana podcast mereka itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan episod akan datang bersama tetamu jemputan mereka, Norman Hakim. Erra dan Norman sudah lama berkawan sejak mereka digandingkan dalam filem era 90-an lagi.
Menerusi video ini, Erra bercerita mengenai keganasan yang mana dalam dunia realitinya bukan sahaja lelaki tetapi wanita juga sama perangainya. Kata Erra lagi, menjerit-jerit bercakap kasar itu adakalanya wanita lebih extreme berbanding kaum lelaki.

Ezwan pula menyokong kenyataan itu dan mengatakan perempuan sememangnya diketahui dengan perangai suka menjerit-jerit. Ayat Ezwan itu membuatkan Erra terkedu seketika dan merajuk tidak mahu meneruskan ayatnya itu. Kelakar melihat Norman tersepit antara Erra dan Ezwan, comel betul pasangan EE ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Hahaha Mr E jngn jujur sngt please, kan dh merajuk Kak Erra tuu.. Makin tak sabar yee nk tngok episod nii.. “
” Amboi… Mrs.Cinderella.. auto comel.. suka tengok Erra ni.. TAKNAK… gurauan & lawak yg mbawa bahagia.. Mr E… jaga, jgn sampai Erra majuk sdh.. Tak nak.. “
” Betul la kata Erra masa live kat kueh bln puasa aritu : “dia ni jujur sikit orgnya” haha.. kesian member…”kenapa sy ada kt sini ek?” salah cenel.. lari lari.. “
” Hahahaha terus mrajok comeyyynya erra.. Norman pun memainkn peranan dgn baik sekali dlm drama ni.. norman fobia ng abby.. terus otak connect haha.. “
” Ala comel sangat merajuknya.. so cute la hubungan macam ni.. aku tak paham knp era yg malu2 kelakar la haha.. “
” Erra tengah serius tetiber.. Mr E betul lah saje cari pasal haha.. jujur sangat tu mr e.. kan sis erra dah majuk.. manja jer bunyinya.. “
” Erra merajuk manja sangat, tak nak hahah..aku tengok part ni ntah berapa kali repeat dah.. mr e nakal eh, jujur sangat sangat ni.. Norman pun dah mcm terhimpit dah tu haha.. “
Comel sungguh gaya Erra merajuk dengan Ezwan. Norman pula tersepit antara si isteri dan si suami, tentu banyak lagi kekecohan dalam podcast episod ini. Sama-sama kita nantikan episod penuh podcast bersama Norman Hakim pada hari Jumaat nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasionzchannel, Tiktok Kasionz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

