Artis / Selebriti
” Menitik air mata dengar suara Dekta, macam Sarah yang nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu dan anak perempuannya, Talita berduet menyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan buat ramai tersentuh. Alahai suara Talita sebijik macam arwah Siti Sarah, ramai yang cakap sama..
Satu-satunya anak perempuan Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahra selalu menjadi perhatian warganet. Dari segi rupanya Talita dikatakan lebih mirip kepada Shuib, namun jika dilihat dari segi suara, Talita mewarisi suara merdu ibunya.
Meninjau entry di akaun Tiktok Irenedck3m6, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Shuib bersama Talita dan Watie. Menerusi video ini, dapat dilihat Shuib berduet dengan Talita membawakan salah satu lagu popular dendangan Siti Sarah.
Siapa yang tidak tahu lagu Sandarkan Pada Kenangan. Lagu ini antara lagu duet hits yang menaikkan nama Siti Sarah. Lagu ini juga lagu kegemaran Shuib dan Sarah untuk berkaraoke dulu. Mendengar lontaran suara Talita, ramai yang kagum dan dlam masa yang sama rasa tersentuh.

Bakat menyanyi yang ada pada Siti Sarah kini mengalir pada Talita. Suara Talita kedengaran sama seperti suara Siti Sarah dan ini membuatkan warganet sebak. Ramai yang masih merindui Siti Sarah. Paduan suara yang mengasyikkan daripada Shuib dan Talita.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@irenedck3m6 #watiehanifiah #shuibwatie #shuibsepahtu #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #fakesituation
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Talita suara macam Sarah sangat ni. bawak lagu ni lagi dengar dia punya sama tu. macam dengar sarah pulak yang nyanyi kalau pejam mata.. “
” Masyaallah suara Talita menyerupai sgt suara arwah ibunya… Alfatihah buat arwah Siti Sarah.. “
” Saling tak tumpah suara dekta macam arwah ibu dia.. Menitik air mata dengar suara Dekta, rindunya dekat arwah.. “
” Macam arwah ibu dia talita nyanyi.. mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. Talita waris ibu.. suara tu sama betul.. “
” Sedap dengar suara Talita.. saling tak tumpat ibunya.. rindu dengan suara arwah Siti Sarah.. dengar ni macam sarah tengah nyanyi.. “
” Sedap suara Talita ni mcm arwah al Fatiha untuk arwah semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Aamiin.. “
” Penyambung warisan ibu.. Talita suaranya sama sebijik arwah Sarah. Mmg best la suara 2 beranak ni.. Dekta blh diasah mmg berbakat.. “
Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Lenggok suara Talita menyanyi kedengaran sama dengan Siti Sarah. Suara yang dirindukan oleh semua orang dan Talita menjadi pengubatnya. Semoga Talita terus berusaha mengasah bakatnya itu dan menjadi sehebat arwah ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Irenedck3m6
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

