Artis / Selebriti
” Memang random ye jawapan dia, Achey boleh letak jawatan dah.. ” – Komen Netizen

Video Achey menemuramah anaknya, Tiara Zinnirah berkaitan dengan Tomyam buat ramai terhibur. Eh, selamba je jawapan-jawapan yang diberikan oleh Tiara, sampai ayah pun terkedu dibuatnya. Lawak lah Tiara, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Achey Kintang Kintung, perkongsian sebuah video yang memaparkan Achey menemuramah anak perempuannya, Tiara Zinnirah tentang Tomyam yang dimakannya telah membuatkan ramai orang berasa terhibur.
Sambil ditemuramah. Tiara memakan Tomyam di hadapannya. Antara yang ditanya oleh Achey ialah rasa tomyam tersebut, harga Tomyam dan berapa banyak Tomyam yang dimakan oleh Tiara. Jawapan yang diberikan kesemuanya sangat kelakar.
Tiara tidak mengambil masa panjang untuk memberi respon kepada setiap soalan. Paling kelakar apabila Tiara menyatakan harga Tomyam tersebut tidak mahal kerana yang membayarnya ialah bapanya. Amboi, sekali setepek dia bagi pada Achey.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tiara sememangnya seorang yang kelakar menerusi banyak video yang dikongsikan oleh Achey dan isterinya di media sosial.
Jom tonton video di bawah :
@achey_kintangkintung @tiaracandy_official @anne_achey21 #segmentlucu #tiaracandy
β¬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar respon Tiara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” 100Γ·10 bulan=rm10 smgkuk… tiara pndiii.. tiara patut collab dengan anak zukie.. habis lah.. Tiara dh lebih kelakar dari bapak dia.. “
” Comel btol la jawapan dak tiara nih… Menurun ayah dia le tuhh.. abg achey blh letak jwatan dh.. antr tiara jer maharajalawak kompom menang.. “
” Nama tiara, Tiara zinnirah ke ? Sedapnyaa , kalau saya ada rezeki dapat anak perempuan lagi saya nak letak nama dia hanna zinnyrah laa.. “
” Mmng random ye jawapan dia. betul la x mahal sebab ayah dia yg bayar. lain kali tiara kene order sekali dengan telur dadar, kailan ikan masin. lagi sedap & murah.. “
” Btl la kata anak dia.. tomyam memg rasa tomyam laΒ x kan rasa siakap 3rasa lakΒ cerdik tiara.. habis la lepas ni hrga tomyam naik selatuss smgkok.. “
” Masaklah. kopak poket ayah. mkn 10 bln, 100x mkn tomyam ,hage seratus ahahahahaa.. X pe Yg pnting ayah bayar.. “
” Aku kata dah tiara kalau masuk maharaja lawak LG lawak dr bapak dia.. acik tgk video ni sambil makan nasi kuah tomyam ayam masak sendirii.. “
Tiara mewarisi sikap kelakar daripada Achey yang merupakan seorang pelawak. Jika dua beranak ini digandingkan bersama dalam Maharaja Lawak pastinya tidak kering gusi dibuatnya. Semoga Tiara Zinnirah menjadi seorang anak yang solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen