Artis / Selebriti
” Ya Allah terkejutnya, susah nak percaya. Al-Fatihah Akiko.. ” – Komen Netizen
Ridzokumura kongsi berita pemergian isteri tercinta, Akiko buat ramai sebak dan terkejut. Ya Allah, tentu sedih Sky dan Ridz menjalani Ramadhan tanpa Akiko. Salam takziah Ridz dan keluarga..
Menerusi perkongsian terbaru usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura telah dikongsikan satu berita menyedihkan untuk semua. Ridzokumura memaklumkan isterinya, Akiko Okumura telah pun meninggal dunia hari ini.
Ianya berita yang sangat mengejutkan semua kerana pemergiaannya adalah secara tiba-tiba. Malah ramai yang mengikuti sesi live terakhir Ridzokumura dan Akiko mengatakan Akiko kelihatan ceria dan lebih banyak bercakap daripada biasa. Akiko juga menyanyikan lagu raya ketika live tersebut.
Ridzokumura tidak memaklumkan secara terperinci punca pemergiaan Akiko menerusi postingnya ini. Hanya kesedihan Ridzokumura diluahkan kerana isterinya pergi meninggalkannya dan anak mereka, Sky selama-lamanya. Ini pastinya memberi satu tamparan yang hebat untuk Sky.

Warganet juga nyata terkejut dengan berita menyedihkan ini. Tiada lagi juadah air tangan Akiko untuk Sky dan Ridzokumura sepanjang Ramadhan ini. Hanya tinggal video yang akan menjadi kenangan manis sebagai pengubat rindu Sky dan Ridzokumura terhadap Akiko.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Ucapan takziah membanjiri posting ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah.. kuat kan lah sahabat ku ridzokumura Innalillahiwainnailahirojiun akiko.. semoga tenang di sana.. “
” Allah Allah . Innalillahiwainnailaihirajiun . Allahurabbi.. biar betul bang. rasa baru je tengok akiko live nyanyi-nyanyi lagu raya.. “
” Innalillahiwainnaillahirojiun Salam takziah abang.. Sakit dada… sebakkk kak liza Dik wan…. susah nk percaya.. Alfatihah Akiko.. “
” Allahuakbar…. Komerrrrr… Innalillah wainnailaihiroji’un… Salam takziah buat komer .. moga Allah kurniakan syurga buat bidadari mu itu… Moga u tabah & sabar d saat kesedihan hilang insan tercinta.. “
” Innalillahiwainnailaihirojiun. We are truly saddened by the news Riz.. please be strong. Moga dipermudahkan. Alfatihah buat arwah.. “
” Ya Allah Dear.. terkejutnya.. innalillahiwainnailaihirojiun .. salam takziah.. tabah ya abang ridz.. Allah lebih sayangkan akiko.. “
” Alfatihah. Salam Takziah abang Ridzo smoga kuat dgn ujian dugaan menjelang Ramadan ni.. Kenapa apa yg berlaku.. terkejutnya baru je Riz share gambar2 masa kecil sky. Saya selalu follow kisah2 Riz. Ya Allah sedih nya.. “
Kesedihan yang bukan hanya dirasai oleh Ridzokumura dan Sky malahan semua pengikut Akiko juga. Salam takziah daripada kami buat Ridzokumura dan Sky. Semoga segala urusan dipermudahkan dan sama-sama kita doakan agar Akiko tenang di sana serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen

