Artis / Selebriti
” Mata Hadie tu, nampak rindu ayah dia. Hadie cerita, aku yang nangis.. ” – Komen Netizen
Video Hadie Elfardie bercerita kenangan manis bersama arwah ayahnya, Suhaimi Saad buat warganet tersentuh. Kenangan yang cukup bermakna untuk Hadie kenang sepanjang hayatnya, sebaknya..
Nama anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad mula menjadi sebutan ramai setelah Hadie terlibat dalam program realiti Talk To My Manager. Tidak hanya kerana rupa paras yang sedap dipandang mata tetapi budi pekerti Hadie menambat hati ramai orang.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok About Hadie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Hadie semalam. Jarang dapat mendengar Hadie bercerita mengenai arwah Suhaimi dan perkongsian Hadie kali ini membuatkan ramai yang menangis.
Banyak kebaikan yang dapat digambarkan mengenai Suhaimi menerusi cerita Hadie ini. Suhaimi bukan seorang ayah yang garang tetapi dia tegas dalam mendidik anak-anak. Suhaimi sendiri menjadi guru mengajar anak-anaknya home schooling di rumah.

Kata Hadie, ketika mengajar ayahnya memang tegas tetapi jika waktu bermain, ayahnya itu akan melayani mereka bermain seperti kawan-kawan. Seronok mendengar cerita Hadie tetapi dalam masa yang sama rasa sayu terasa di hati warganet. Pandangan mata Hadie seolah-olah menggambarkan Hadie merindui susuk tubuh ayahnya itu.
Jom tonton video di bawah :
@about.hadie hadie cerita kenangan yang dia rindu dengan arwah ayah 😢😭 ( Al- fatiha buat arwah Suhaimi Saad ) @ADI? @Hadie FC #hadie #inanaimxhadie #suhaimisaad
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dia rindu arwah ayah dia.. ayah dia banyak spend masa dengan anak-anak.. ss memang ayah yang baik dan terbaik untuk hadie.. “
” Sbnrnya ss ajar nilai murni dkt situ tp secara real life.. pernah arwah ss live tunggu hadie blik kat klas muzik.. Dgr dari sisi ank. Jadi ibu bapa ni, bnda kita rasa kecik. Tapi besar moment tu untuk anak2.. “
” Arwah ss bebetul manfaat golden age anak anak. Setiap satu anak boleh ingat dan bercerita balik dengan baik.. Hadie boleh cerita dengan tenang tapi kita yang menitik-nitik airmata.. “
” Allahuakbar. Ss meninggalkan kenangan manis untuk anak2 dia.. Ini lah yg dinamakan kenangan tk dpt dibeli , memori bersama2 tu sampai bila2 akan ttp segar dlm hati anak2.. “
” Cara bercakap macam ayah dia.. suhaimi dan ina insan hebat.. bende kecik n simple, tp besar impak dia. bende2 ni buat anak seronok dgn mak ayah. bermula dari cara layanan d rumah.. “
” Sedih sgt bila dia cite kenangan dgn arwah ayah dia.. Mesti rindu kan kenangan tu. Walau simple dan biasa2 je tapi tulah yg kita akan ingat.. “
” Mata hadi tu… Nampak rndu ayah dia.. hadie cerita aku yang nangis.. arwah pandai susun2 jadual pandai luangkan mase ngan anak2.. guru kehidupan yg terbaik.. “
” Dengar hadie cerita acik plak yg sedihh.. kenangan tuk anak²..pasti bahagia time tu.. memori terindah tak akan pernah padam. bgitulah rindu seorg ank buat seorh ayah.smoga ss ditempatkan dalam kalangan org2 yang bertakwa.. “
Banyak kenangan manis yang Suhaimi tinggalkan untuk Hadie. Guru kehidupan yang terbaik tidak hanya mengajar ilmu dunia tetapi adab untuk anak-anak. Bibir Hadie kelihatan tersenyum, namun jauh di sudut hati anak sulung ini pasti merindui ayahnya yang telah pergi. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah untuk arwah Suhaimi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok About Hadie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jadi Bella rasa macam ini nak bagi hantaran ke nak bagi bantuan. Bantuan ibu tunggal ke kan.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen

