Artis / Selebriti
” Amboi, Afwa lagu cicak je side eyes eh. Masuk je Golden terus senyum lebar.. ” – Komen Netizen
Video anak DS Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa menyanyikan lagu Golden yang popular menerusi filem Kpop Demon Hunter buat ramai terhibur. Rupa-rupanya ini lagu favourite Afwa..
Meninjau ke akaun Instagram Xtra.my, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi live Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Afwa telah meraih perhatian ramai. Menerusi sesi live tersebut, Dato’ Seri Siti sempat menyanyikan lagu Cicak.
Ramai peminat memuji kemerduan suara Dato’ Seri Siti menyanyikan lagu tersebut. Terasa lain vibe lagu cicak bila dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara. Afwa yang berada di sebelah Dato’ Seri Siti sempat menjeling kepada ibunya ketika sedang menyanyi.
Afwa sememangnya sering menegur nyanyian ibunya yang dikatakan tidak sedap. Malah Afwa juga pernah menutup telinganya ketika ibu sedang menyanyi. Gelagat Afwa tetap sama dalam video ini apabila mendengar ibunya menyanyi seperti tidak menyukainya.

Dato’ Seri Siti kemudian menukar kepada lagu kegemaran ramai kanak-kanak iaitu Golden yang popular dalam filem Kpop Demon Hunter. Tanpa disangka Afwa terus tersenyum dan menyambung lagu tersebut apabila mikrofon dihala kepadanya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Afwa tak excited langsung dengar ibu nyanyi hahahahha.. Sedap plk dct nynyi lagu cicok.. hahahh mmg budak2 suka btul Golden.. “
” Amboi afwa lagu cicak je side eyes eh masuk je golden terus senyum lebar dia hahahahahah. Select betul.. lain macamm terusss laguu dia yaa.. “
” Tokti begini tak mekaup pon elok jer.. sedap mata memandang.. aku kalau cm nie mau kena pkai filter 9 lapis .. Gitu je awak tepis mic ibu awak eh.. “
” Mungkin Tokti perlu nyanyi lagu Golden lepas nii senyum dia nyanyi, comelll jee.. Afwa ank no 2 … hebat ank2 no 2 niii kannnn.. “
” YaAllah ingat ank aq je dk gila menyanyi lagu golden allahu serabut dh kepala mak dia ni dk dgr hri2…blk krja ambk dri rmh pengasuh je dk ulang sruh kita nyanyi sama.. “
” Lagu golden tu, x taubla dgn soda pop dgn takedown.. jenuh ari2 dok meratip tu ja lahhh.. kemain dia judge ibu dia nyanyi afwa ni .. “
” Tokti nanti konsert nyanyi lagu cicak full version lah. Mcm best pulakk.. Dia side eye mak nyee.. lagu kanak2 sedunia agaknnya golden ni.. “
Nampaknya Dato’ Seri Siti perlu menyanyikan lagu-lagu kegemaran Afwa selepas ini. Barulah nampak senyuman di wajah Afwa. Mungkin Afwa tidak marah apabila lagu kegemarannya dinyanyikan oleh ibunya. Mesti Afwa akan puji nyanyian ibu, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


