Artis / Selebriti
” Makin hebat dan sedap, profesional. Tone Siti Sarah sangat.. ” – Komen Netizen
Video terbaru nyanyian anak Shuib Sepahtu, Thalita buat ramai kagum. Fuh makin sedap dan padu lah teknik vokal Thalita menyanyi sekarang. Semakin hampir menyamai tone suara arwah ibu, sedap sangat, power lah Thalita..
Nama Thalita semakin mendapat tempat di hati ramai. Satu-satunya anak perempuan Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin ini menjadi tumpuan selepas mempersembahkan bakat nyanyian yang dimilikinya itu. Menanam impian untuk bergelar penyanyi hebat seperti ibunya, Thalita menggiatkan usahanya untuk berlatih dan terus berlatih.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video terbaru Thalita bersama Shuib. Seperti hari-hari lain, Thalita akan ditemani oleh daddynya ini menyanyi sambil bersiaran secara live di Tiktok. Sememangnya warganet ternanti-nanti sesi live Thalita dan Shuib.
Berbeza dengan nyanyian Thalita terdahulu, nyanyian Thalita kali ini menunjukkan banyak kemajuan. Penghayatan Thalita dan teknik nyanyiannya semakin bagus. Thalita semakin pandai mengawal suaranya dan ianya kedengaran merdu saling tak tumpah seperti suara Siti Sarah.

Ramai yang menyukai gaya Thalita menyanyi menerusi video ini. Penjiwaannya bersesuaian dengan lagu dan ianya menambahkan lagi rencah untuk nyanyian Thalita ini. Shuib juga terpancar wajah kepuasan mendengar Thalita menyanyi. Bak kata warganet, Thalita adalah bayangan ibunya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Asal aku sebak Ishk.. Soqa aruah mak dia.. shuib bila seorang diri berkata kepada isteri : Bu, tengok anak kita.. “
” Tone die lbh kurang cm arwah sarah.. sdih lak dgr.. Beautiful voice and stunningly delivered.. sedapnya.. “
” Wah suara dia sedap dengar dik.. Hujung2 tone tu ada bunyik tone ibu nyaa.. shuib saw ibu in thalita.. “
” Tone da Ade.. boleh pergi jauh.. teruskan latih vokal.. inshaAllah boleh jd mcm arwah ibu.. Love your tone dear.. “
” Ok yang ni acik approved dikkk.. sedap.. profesional.. Allah maha memberi.. Dia ada tone siti sarah. Nice.. “
” Teringat aruah pernah ckp, kalau ada anak dia nk jd penyanyi, dia nak anak dia masuk kelas vokal… good job talita… keep it up.. “
” Meremanggg suara iras2 arwah ibu dia cuma suara thalita ni keras sikit tapi meresik besttt.. Makin hebat.. Keep on going.. “
Sedikit demi sedikit, Thalita memantapkan vokalnya dan tidak mustahil, ketika Konsert By Ajai & Mega Friends nanti, Thalita mampu mencipta sejarahnya tersendiri. Teruskan usaha Thalita dan jangan sesekali berputus asa untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

