Artis / Selebriti
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
Video penampilan khas anak arwah Suhaimi Saad, Sallman Elkhoyri menyanyi di konsert Inteam Kasih Kekasih buat ramai sebak. Suara Sallman sebijik macam suara SS..
Konsert Inteam Kasih Kekasih baru-baru ini berjalan dengan jayanya. Banyak lagu popular Inteam dipersembahkan untuk semua penonton yang hadir. Sebagaimana permintaan peminat Inteam yang meminta untuk dibawakan secara khas anak arwah Suhaimi Saad, permintaan itu dikotakan oleh Inteam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Berita Alhijrah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Inteam dan salah seorang anak Suhaimi, Sallman Elkhoyri membawakan lagu Kias Cinta. Lagu ini sememangnya mengingatkan peminat dengan Suhaimi.
Pada permulaan lagu, gambar-gambar kenangan Inteam bersama Suhaimi dipaparkan di skrin belakang mengiringi nyanyian mereka. Satu kerusi kosong pula diletakkan di tengah-tengah mereka dan simboliknya itu adalah tempat duduk Suhaimi. Nyanyian dimulakan dan Sallman kelihatan berdiri di belakang.

Melihat wajah-wajah Suhaimi di skrin sahaja sudah mengundang air mata penonton, apatah lagi selepas mendengar suara Sallman. Suara dan wajah Sallman memang persis Suhaimi. Memetik komen warganet, mendengar nyanyian Sallman seperti melihat Suhaimi yang berada di atas pentas.
Jom tonton video di bawah :
Hampir 4000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MasyaAllah. Dengan penampilan Salman mewakili tempat arwah ayahnya, terubat rindu kami. Subhanallah, bukan sekadar wajahnya bahkan suaranya pun mirip ayahnya.. “
” Sallman plg iras arwah ayah nya. suara pon sedap.. Sallman… anak yang baik.. insyaALLAH.. kita pula sebak, tengok… SubhanaALLAH.. “
” Sebak tgk persembahan ni.. Masha Allah.. Salman copy paste betul arwah ayahnya. aku dah terkejut dengar suara sallman, ingatkan SS.. “
” Persis sangat arwah ayahnya.. salman paling iras dr segi rupa and suara arwah.. Saya nampak SS disitu.. sebak sungguhlh.. Moga syurga buat SS. amin ya mujib.. “
” Macam dengar ss yang nyanyi, arghh dah menangis.. sallman ni sama suara dgn ayahnya.. tengok pulak gambar ss dekat skrin belakang, lagi laju air mata ni,, “
” ALLAHURABBI… sebaknyaaaa.. saling tak tumpah arwah ayahnya… Asal aku nangis ni.. sallman bayangan arwah SS yang akan selalu mengubati rindu.. “
” Anak arwah suhaimi, salman muka mirip ayahny.. mashaaAllah.. sedap suara dia … sebak rase hati, dgr suara salman.. saling tak tumpah suara SS.. “
Sallman seakan-akan bayangan Suhaimi, baik dari segi rupa mahupun suaranya. Terubat kerinduan peminat terhadap Suhaimi setelah mendengar suara Sallman itu. Semoga arwah Suhaimi tenang di sana dan berbahagia di taman syurga. Sallman teruskan perjuangan ayah dan teruskan berdakwah sebagaimana yang ayah selalu lakukan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG BeritaAlhjirah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

