Artis / Selebriti
” Tiba-tiba Misha latih Amayan jadi rakan duet. Comel betul laa.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ammar Ahyan ketika menemubual Misha Omar di Post Mortem Talk To My Manager buat ramai terhibur. Wah akhirnya Amayan dapat jumpa penyanyi kesukaannya. Sempat lagi Amayan ajak Misha berduet lagu Break, hehe..
Semalam, Misha Omar hadir ke konsert semi final Talk To My Manager sebagai juri jemputan. Sejurus konsert TTMM selesai, Misha tampil pula di Post Mortem Talk To My Manager bersama hostnya, Dato’ Aliff Syukri dan Ammar Ahyan. Ini detik yang paling teruja buat Ammar kerana dapat tertemu mata dengan penyanyi kesukaannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Ammar dan Dato’ Aliff menemubual Misha. Kesempatan yang ada dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh Dato’ Aliff dengan menyuruh Ammar menyanyi bersama Misha.
Ammar duduk di sebelah Misha dan mereka sama-sama menyanyi lagu hits Misha yang juga lagu kegemaran Ammar iaitu Break. Terhibur penonton di MBSA mendengar nyanyian mereka berdua. Walaupun suara Ammar bukanlah tone seorang penyanyi tetapi keyakinannya itu membuatkan warganet menyukai Ammar.

Misha sendiri teruja dapat bertemu Ammar dan kata Misha, dia selalu stalk akaun Instagram Ammar dan melihat apa yang Ammar lakukan. Bertambah riuh dengan ketawa apabila Misha mengatakan dia belum puas berbual bersama Ammar kerana slot mereka terlalu pendek di situ.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Apak dia dekat sebelah Mitch tu suka betul.. Tiba-tiba Misha latih Amayan jadi rakan duet.. haha comel betul laa.. “
” Ok apa amaryan nyanyi . not bad. smoga amaryan trus bejaya ….. dont care about others.. sedapnya suara Kak Mitch.. “
” Dah makin improve ammayan.. nampak dah kurang kekok jadi pengacara tu.. slay lah Ammayan dapat duet dengan Misha.. “
” Amayan, nyanyi dengan Misha Omar.. penyanyi kesayangan kesukaan dia tu.. steady lah Amayan.. love Amayan.. “
” Tapi kan kita tau lagu BREAK ni dari amayan tau.. Ammayannnn.. nyanyi sedap da eh sebelah kak mishaomar .. lagu ni jadi viral.. “
” Sweet time Amayan hulur mic untuk misha tu.. Pitching dah makin baik Amayan.. well done.. sebab Amayan acik tahu lagu ni tau.. “
” Sedaplah Amayan nyanyi, auto jadi pandai nyanyi bila duet dengan misha eh.. papa laris tu bukan main suka lagi tengok anak bujang dia dapat duet dengan penyanyi kesukaan.. “
Bagai bulan jatuh ke riba, pastinya ini akan menjadi satu moment indah untuk Ammar kerana dapat berduet dengan Misha. Lagu Break sememangnya selalu menjadi siulan Ammar. Semoga Ammar terus maju jaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

