Artis / Selebriti
” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
Perkongsian Jinggo sempena ulangtahun perkahwinan anak dan menantunya, Luth Mikhail dan Beatrice Chitra yang pertama buat ramai tersentuh. Touching baca kapsyen Tok Sidang..
Meninjau di akaun Instagram milik suami kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly, Jinggo atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Sidang, telah dikongsikan sebuah video throwback yang memaparkan detik perkahwinan anak keduanya, Luth Mikhail bersama isterinya, Beatrice Chitra. Perkongsian tersebut dibuat bersempena ulangtahun perkahwinan pertama pasangan itu yang diraikan dengan penuh makna.
Menerusi video tersebut, terpancar jelas suasana bahagia dan penuh emosi ketika hari bersejarah itu berlangsung. Setiap detik yang dikongsikan seolah-olah mengimbau kembali kenangan manis yang pastinya sukar dilupakan oleh seluruh ahli keluarga, terutamanya Tok Sidang sendiri sebagai seorang bapa.
Bukan sekadar berkongsi video, Tok Sidang turut menulis ucapan istimewa buat anak dan menantunya. Setiap bait-bait kata yang diluahkan sarat dengan doa, nasihat serta kasih sayang seorang bapa yang ikhlas, sehingga membuatkan ramai yang membaca turut tersentuh dengan keikhlasan perasaannya.

Perkongsian penuh makna itu meraih perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum melihat kasih sayang dan penerimaan Tok Sidang terhadap menantunya. Malah ada yang mengakui jarang melihat hubungan mentua dan menantu yang begitu akrab dan penuh hormat.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suka cara Sheila Rusly… Dia ada 2 org ank je.. Ank lelaki plak tu… Jd dia rapat dgn menantu supaya masih kekal anak lelaki die sentiasa ada.. “
” Mertua idaman dan anak anak menantu yang bertua teringin berjumpa kelak mertua yang mcm tok sidang dan nenek bunga.. “
” Alahai sedih nye tgok sheila rusly nangis, mesti sebak kan.. Anak yg dulu dulu kecik kita jaga kita sayang dah berkahwin akhirnya, kita sebak sebab terasa masa cepat sgt berlalu.. “
” Doa ikhlas daripada seorang bapa yang tiada tolok bandingnya.. Rinduu dgn arwah abah, tok sidang teruskan berdoa utk anak² menantu. Semoga kalian berdua berbahagia hgga ke jannah.
” The best ever papa.. Rasa macam tak penah dengar papa sebut menantu atau anak menantu.. Mesti tetap sebut anak.. “
” Suke betul nasihat2 papa jinggo ni. Selalu baca. Sangat tersentuh sampai hati. Semoga sihat selalu papa jinggo. Aamiin. Happy Anniversary anak menantu papa jinggo.. “
” Kita pulak sebak.. Hepy anniversary Mika dan Beatrice moga sakinah mawaddah warahmah.. Bahagia smp syurga.. Aaamiin.. “
Respon menantu dan anak Jinggo, Beatrice dan Mika :


Perkongsian Tok Sidang ini bukan sahaja meraikan ulangtahun perkahwinan Mika dan Beatrice, malah menjadi gambaran indah tentang nilai kekeluargaan, kasih sayang serta doa seorang bapa yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak-anaknya.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG jinggo_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

