Artis / Selebriti
” Lelaki semua sama tu tak betul, sekarang perempuan semua sama.. ” – Ryzal Ibrahim
Ryzal Ibrahim Dedah Perangai Sebenar Isteri Korea, Maryam You Narea Yang Ramai Tak Tahu. Alamak, Cakap Tak Serupa Bikin Lah Maryam !!
Meninjau ke akaun Instagram Durian Kimchi, perkongsian sebuah video yang memaparkan sikap sebenar Maryam You Narae telah membuatkan ramai terhibur. Pasangan pempengaruh media sosial ini sememangnya gemar mengusik antara satu sama lain.
Kali ini Ryzal Ibrahim mengajak Maryam bersarapan nasi lemak di luar. Maamun menurut Maryam, dia tidak menyukai nasi lemak. Dalam erti kata lain, Maryam tidak mahu makan nasi lemak pada pagi itu. Walaupun Maryam membebel sepanjang perjalanan, Ryzal tetap membawanya makan nasi lemak.
Tidak seperti yang dikatakan oleh Maryam tadi, rupa-rupanya Maryam bersungguh-sungguh menikmati nasi lemak itu. Bukan satu makanan sahaja, Maryam juga memakan laksam. Inilah sikap yang Ryzal dedahkan yang Maryam cakap tidak serupa bikin.

Perkongsian ini telah menerima lebih 6 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bukan sahaja sebungkus nasi lemak, malah Maryam membeli beberapa bungkus lagi untuk dibawa pulang. Wah, boleh habis ke tu Maryam.
Jom tonton video di bawah ;
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Hebat kak Mariam semua boleh terima makan makanan melayu .. makanan sedap, mmg takleh ditolak. sama mcm saya. tapi nk kurus. hahahahhaa.. “
” Nak diet laaaa. why ajak makan nasi lemakkkk. nanti diet ke laut. Lainkali maryamyunrrr kena guna alasan taknak makan tapi tak baik membazir.. sbb dah belikan, kena la juga makan.. “
” Aku tunggu je si Maryam ni tepuk dahi Ryzal mcm dlm drama korea pasal membahan tak berhenti.. sambil membebel sambil menyuap hahahaha.. “
” Kalau bab makan rasa pompuan sama mulut ckp xmau tp bila depan mata semua masuk perut sya pon suka makan pakai garfu, yg berkuah ja guna sudu.. “
” Lps mkn mcm² dh kenyang baru rasa dtg kekesalan..mcm sy shri sblm nk diet mlm mkn mcm²..lps tu mnyesal gila esoknya start diet n exercise smpai ke hri nie hri ke14.. “
” Tak pe la bang. Alang alang sudah beli tu.. jangan bazir. Lebih selamat apabila berada dalam perut.. Saya pun tgh diet tp semua makanan yg suami bagi saya telaN.. “
” Dalam denial…hahahhah….suka..tp dsbbkan tinggi kalori cuba racun diri sndri ckp x suka nasi lemak…padahal…. .hahhahahha.. “
Nampak berselera Maryam memakan nasi lemak. Dalam banyak rungutan tidak mahu memakan nasi lemak, namun sebaliknya pula yang berlaku. Patutlah Ryzal gemar mengusik isterinya kerana Ryzal pastinya sudah faham dengan perangai Maryam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Durian Kimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

