Connect with us

Artis / Selebriti

” Weh serius lah Tyzo, macam 30an je. Akhirnya bagitahu juga tahun dia lahir.. ” – Netizen

Video Tyzo Mendedahkan Usia Sebenar Dirinya Ketika Perbualan Bersama Team Bekfes Hot Buat Ramai Terkejut. Eh Biar Betul Umur Tyzo Ni, Terkejut KJ Dengar. Macam Tak Kena Dengan Muka, Awet Muda Betul !!

Beberapa hari kebelakangan ini, nama penerima anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH iaitu Tyzo menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh wargamaya. Tyzo kini tidak lagi bergelar penyampai radio Suria FM dan mula diintai oleh stesen radio yang lain.

Selain itu, ramai yang berteka-teki mengenai usia Tyzo. Pelbagai angka yang keluar dan ada juga yang meneka usia Tyzo sudah 57 tahun. Team Bekfes Hot dan KJ telah pun membuat panggilan suara dan bertanyakan sendiri kepada Tyzo mengenai hal ini.

Klik gambar untuk info..

Menerusi akaun Instagram Hot FM, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan perbualan mereka bersama Tyzo. KJ memulakan pertanyaan kepada Tyzo dan rupanya Tyzo seusia dengan KJ, lahir pada tahun 1976. Terkejut KJ kerana raut wajah Tyzo kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya itu.

Ramai juga yang menyangka usia Tyzo baru 30an. KJ juga menyatakan hasrat untuk berguru dengan Tyzo untuk kelihatan muda dan menang ABPBH. Tyzo turut mendapat pujian good looking daripada KJ. Di oenghujung video, Tyzo bertanya kepada KJ sama ada KJ mahu mengajaknya kerja bersama. Macam on je Tyzo dengan Hot FM ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Wah serius la Tyzo dah 48… Ingat belum 40 tahun, tak nampak tua pun. Macam 30an weh.. terkejut betul aku.. ”

” Weh 48, sumpah ingat dia 30 something.. nampak muda belia lagi weh. Geng 70an 80an mmg awet muda.. ”

” Geng 1976 yang awet muda hadir .. hahahaa.. Sebaya la kita rupanya yer.. tapi serious ahh tyzo nampak macam late 30an.. ”

” Umur dia 48 sebaya dengan KJ, tapi jauh betul beza tu haha. Memang awet muda Tyzo ni.. dia makan apa la nampak muda camtu.. ”

” Wow uncle Tyzo, serius lah.. ingat baya-baya aku je 30an haha.. Sebaya dengan KJ rupanya.. tips awet muda please.. ”

” Weh ingatkan baru 30an, serius nampak muda kot Tyzo ni. tak sangka awet muda tyzo ni. ingatkan sebaya aku ke. aku baru lahir dia dah ipta.. ”

” Haha akhirnya bgtau jgk dia tahun bila dia lahir.. kalau x, x habis2 umo 57.. tp panggil kak rara KAK.. kalau dgr suara dia mula2 pun ingat dia dh tua, skli tgk gambar, nohhhh muda lg nampak.. btw dia mmg awet muda la.. ”

Klik gambar untuk info..

Siapa sangka itu usia Tyzo sebenar, usia tak seiring dengan wajah ni Tyzo. Awet muda dan tak dimamah usia. Apa-apa pun, semoga Tyzo terus maju jaya dan dapat tawaran kerja yang sesuai dengan Tyzo. Yang penting Tyzo tetap ceria dan muda selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM, IG Tyzo 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT