Connect with us

Artis / Selebriti

” Aiyok puan empunya badan dah komen. Boleh dengar ye intonasi Tokti bercakap tu, haha.. ” – Netizen

Penampilan Elly Mazlein Dan Zizan Razak Sempena Minggu Tribute Untuk Dato’ Seri Siti Nurhaliza Di Masked Singer Malaysia Buat Ramai Terhibur. Memang Sebijik Gaya Tokti Dengan Dato’ K. Komen Tokti Pun Lawak, Copy Ori Punya Penangan. Haha !!

Program realiti The Masked Singer Malaysia semalam mencuit hati ramai penonton baik di auditorium mahu pun di rumah. Sempena minggu tribute untuk penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, ke semua juri mengenakan busana yang pernah digayakan oleh DS Siti sebelum ini.

Antara juri yang menarik perhatian adalah Zizan Razak dan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom kerana mereka memilih menggayakan baju pengantin DS Siti dan Dato’ Khalid. Meninjau akaun Instagram Zizan dan Kak Lina, telah dikongsikan gambar mereka berdua dengan kapsyen yang menggeletek hati ramai.

Klik gambar untuk info..

Kata Kak Lina, order lain tapi yang sampai lain. Zizan pula mengatakan nampak sama tapi bukan dia, copy ori dan tag nama DS Siti di kapsyennya itu. Tampil dengan baju gaun pengantin, Kak Lina memang kelihatan sama seperti DS Siti. Zizan pun lain macam dengan misai palsunya itu.

Komen warganet, Zizan sudah seperti pelakon hindustan pun ada. Misai pun Zizan copy kali ini, punya lah hendak nampak sama seperti Dato’ Khalid. Bukan Zizan dan Kak Lina Kepom namanya kalau tidak membuat lawak, jadi penghibur semua pada minggu ini.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@siewwwlenggg

Kak Lina memang nombor Syatuu!! #tmsm4 #themaskedsingermalaysia

♬ ITSY BITSY TEENIE WEENIE YELLOW POLKA BOOM – 𝖇𝖎𝖒𝖆🌟

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Minggu ni Zizan dengan Kepom buat hal haha. memang sebijik gaya tokti tu. Aku tak boleh lah dengan Kak Lina ni haha.. ”

” Aiyokkkk puan empunya dah komen haha.. Kak Iti ni sporting habis.. boleh dengar ye intonasi tokti bercakap tu haha.. ”

” Tersembuq teh tarik aku haha.. Boleh la daripada xde hahah.. kelakr muka ko zizan Bila ada misai hahah . mcm plakon Hindustan suami si Kajol tu ke nama Tah dia. sbjik.. ”

” Dato k China dik, order Ali Baba haha.. Adoi nak mintak refund pun serba salah ni haha.. tapi rasa nak refund balik je tang hidung haha.. ”

” Haha tu la tak baca review sebelum order, kan dapat tak macam diorder haha.. Kena sc4m ni, boleh refund lagi tu jangan lebih 3 ari haha.. ”

Klik gambar untuk info..

” Bkn nk tgk peserta sgt, nk tgk telatah juri je haha. lawak la dorg ni.. salah abam currier ni dia campak2, tu lari sikit kejadian nya tu.. ”

” Tersedak saya makan meggi ni tau haha. Tak boleh berhenti ketawa ni macam mana haha.. Bila Zizan bergabung dengan Kepom, meletop haha.. ”

Bukan hanya warganet yang memberikan komen, tuan punya badan pun respon :

Sporting betul DS Siti dan tak pernah lupa ucapan terima kasihnya tu. Zizan dan Kak Lina memang buat hal betul minggu ni. Masing-masing in character menjiwai watak DS Siti dan Dato’ Khalid. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak, IG Elly Mazlein, IG Astro Gempak, Tiktok siewwwlenggg

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT