Artis / Selebriti
” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
Video penampilan anak gadis Amy Mastura, Adalia sebagai penari di konsert Gegar Vaganza 12 curi perhatian warganet. Wah lincah betul Adalia menari. Cara bercakap dan lawaknya tu sama macam Amy. Kelakar lah Adalia ni..
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon, Amy Mastura. Sekali pun sudah berusia lebih 50 tahun, namun wajah Amy yang awet muda membuatkan wajah Amy tidak begitu dimamah usia. Perkahwinan Amy dan Alvin Tham Suffian dikurniakan 2 orang anak iaitu Adriana dan Adalia.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan kelibat anak kedua Amy, Adalia di konsert Gegar Vaganza 12 semalam. Adalia hadir sebagai penari mengiringi nyanyian Krisya.
Lagu dendangan asal ibunya, Jawapan Kasih dibawakan oleh Krisya dan Adalia begitu lincah menari. Selepas selesai persembahan Krisya, Sherry memanggil Adalia dan memberitahu semua Adalia adalah anak gadis Amy Mastura dan sudah mengenali Adalia sejak Adalia kecil lagi.

Adalia yang mewarisi ketinggian ayahnya itu kelihatan cantik dan comel sama seperti Amy. Percakapan Adalia juga menghiburkan semua penonton di auditorium. Komen warganet, mendengar cara Adalia bercakap sudah cukup membuktikan dirinya anak Amy Mastura.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Part “tengah tengok ke??”… ok sah tak perlu dna test amy mastura haha.. dia punye menjawab blur2 tu sama …. comel.. “
” Kelakar bukan dibuat buat sama macam mak dia.. Adalia.. samo kelakar laaa dengan Omak eh Kak Amy Mastura.. “
” Lah perangai kelakar mak dia jugak haha.. sama kelakar macam mak ni.. muka bapak perangai mak.. “
” Sama rambut amy mastura masa album pertama dia keluar.. ceria cam mak dia juga.. blur comel.. “
” Comel betul macam maknya juga.. dia gelak macam amy.. amy dgn anak nya klau duduk dekat2 mcm dua beradik jdi nya le amy awek muda.. “
” Dia punya random tu sama ek dengan mak dia. gelak macam mak dia aihh.. dah besar anak Amy ni, cantik lagi, cute lagi.. “
” Lawa dan sopan anak dara Amy Mastura ni.. macam tak caya anak kak amy dah beso… yg maknya mcm tu je hehe.. kelakar macam mak jugak ek.. “
Cantik dan lucu Adalia tak ubah seperti maknya itu. Random betul pertanyaan Adalia, memang perangai Amy Mastura sangat. Semoga Adalia terus maju jaya dalam kariernya, menjadi seorang penari yang hebat dan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

