Artis / Selebriti
” Kita yang mendengar pun rasa sebak dan gembira. Untungnya Ina.. ” – Komen Netizen
Video Ina Naim Bercerita Mengenai Mimpi Bertemu Arwah Suaminya, Suhaimi Saad Menyentuh Hati Ramai. Bukan Sekali Ina Mimpi Rupanya. Indahnya Mimpi Ina, Pengubat Rindu Pada SS !!
Tanggal 15 November 2023 adalah tarikh yang tidak mungkin dilupakan oleh Ina Naim dan 4 orang anak-anaknya. Kembalinya ke rahmatullah seorang yang bergelar suami dan ayah, pemergian Suhaimi Saad benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mereka sekeluarga.
Masa berlalu dan kini telah 6 bulan Ina meneruskan kehidupannya sebagai ibu tunggal. Ramai yang kagum dengan ketabahan Ina. Asuhan serta didikan Suhaimi kepada Ina semasa hayatnya juga dipuji oleh ramai warganet kerana itu lah yang menjadi asbab Ina kuat sekarang.
Meninjau entry di akaun Instagram Itsmefadzzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Ina. Ina bercerita mengenai dirinya bermimpi arwah Suhaimi Said. Bukan sekali tetapi sudah beberapa kali Ina bermimpikan mengenai suaminya itu. Apa yang menariknya adalah apa yang Ina lihat dalam mimpinya itu.

Kata Ina, mimpinya sama di mana Suhaimi hanya duduk dan tersenyum sahaja. Wajah Suhaimi dalam mimpi itu sangat berseri-seri dan cerah sekali sehinggakan kelihatan urat hijau di pipinya. Melihat keadaan Suhaimi itu, Ina berasa gembira kerana Ina yakin suaminya itu kini bahagia di sana.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hadiah dari Allah teruntuk anak isteri yang merindukan arwah. Indah sungguh mimpi Ina ni.. kita yang mendengar pun rasa sebak dan gembira.. ”
” Memang kalau mimpi arwah dia takkan berckp,dia senyum je, senyum dia tu kita nampak tenang sangat.. bersua di syurga nanti.. ”
” Adui aku pulak yang berkaca-kaca mata dengar mimpi ina ni.. Alhamdulillah dapat melihat senyuman yang tenang.. arwah sedang berbahagia di sana.. ”
” Alhamdulillah.. biarlah bertemu dalam mimpi, hilang rasa rindu.. Allahuakbar rindu.. untungnya Ina.. ”
” Kalau kita mimpi sesorang tapi dia tak bercakap, memang betul arwah datang dalam mimpi kita.. semoga syurga tempat mereka.. ”
” Mimpi yang dinanti-nantikan oleh semua yang pernah merasai kehilangan insan tercinta. Best dengan mimpi Ina sampai kita pun tak sedar air mata mengalir.. ”
” Allah hadirkan arwah dalam mimpi Ina. betapa indahnya sebuah mimpi yang tidak terungkap dengan kata-kata. Tanda sebarang percakapan hanya senyuman yang penuh makna.. ”
Seronoknya mendengar mimpi Ina itu tetapi dalam masa yang sama terselit rasa sayu kerana semua mengetahui betapa rindunya Ina terhadap arwah suaminya itu. Semoga arwah Suhaimi Saad tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Itsmefadzzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti5 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob

