Artis / Selebriti
” Alhamdullillah, arghh saya yang nangis. Sedih tapi bangga ada anak macam ni.. ” – Komen Netizen

Video Aidid Marcello Meraikan Kejayaan Anak Sulung Lelakinya, Iman Marcello Buat Warganet Sebak. Bijaknya Iman, Berjaya Menjadi Seorang Hafiz. Tersentuh Tengok Air Mata Kegembiraan Aidid Dan Norzie !!
Akademik Al-Quran Amalillah menjadi pilihan bekas selebriti TV3, Aidid Marcello dan isterinya, Norzie Pak Wan Chek untuk anak-anak mereka menimba ilmu Al-quran. Bagi yang mengikuti perkembangan Aidid, pastinya tahu Aidid menamatkan pembelajaran kesemua anak-anaknya di sekolah kementerian dan menghantar mereka untuk mendalami ilmu al-Quran.
Bukan satu keputusan yang mudah, namun Aidid dan Norzie memikirkan untuk kebaikan anak-anaknya dalam mengejar akhirat. Menerusi perkongsian terbaru Aidid di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment membahagiakan buat pasangan ini apabila anak sulung lelaki mereka, Iman Marcello berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam masa 11 bulan sahaja.
Iman antara penerima anugerah pada majlis khas yang diadakan di akademik pada hari itu. Hati Aidid dan Norzie berasa sayu melihat kejayaan anak mereka ini. Hati ibu bapa mana yang tidak bangga kerana ini kejayaan yang diimpikan oleh ramai ibu bapa. Anak yang soleh dan pencinta Al-Quran, ladang pahala untuk kedua ibu bapa.
Di ruangan kapsyennya, Aidid meluahkan rasa syukurnya ke hadrat Allah kerana kejayaan yang dikecapi anaknya itu. Ucapan terima kasih Aidid untuk Iman juga dicoretkan bersama kerana Iman menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Aidid ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah ayah bonda.. Ma shaa Allah… Allah kulli haal.. Anak hebat kebanggaan ayah bonda.. Inilah ilmu dan tuntutan abadi.. ”
” Hafal 1 ayat pun susah, apa lg 1 surah.. apa lg isi Quran seluruhnya.. tahniah tuan puan anakanda nya seisi keluarga. Semoga ank³ sy ikut jejak langkah abg Iman.. Amin Ya Mujib.. ”
” Proud to semangat ayah Bonda. Alhamdulillah tahniah buat kalian sekeluarga. kita pun ikut nangis tengok norzie nangis. sedih tapi bangga ada anak sekuat ni.. ”
” Tahniah.. penyejuk mata mak ayah . allahu… rezeki awak dpt ank yg jdi kebanggaan dan impian setiap ibu ayah. moga berjaya dunia dan akhirat.. insha allah… aamiin3 ya rabb .. sukenya tgk ank2 mcm ni… bgga dia xtau nk ckp.. ”
” Tahniah, sebak pulak tengok. Semoga Iman jadi anak yang soleh, penyejuk mata mummy n daddy dan bakal menjadi khalifah Allah di dunia dan akhirat. Aamiin.. ”
” Alhamdulillah tahniah buat en aididmarcello dan pn norziepwc atas kejayaan anakanda nya. Semoga menjadi inspirasi kepada sy dan org lain jgk. Anak soleh kebanggaan kedua ibubapa. Allahumma in shaa Allah.. ”
” Masyaallah.. alhamdullillah.. arghh sy yg nangis .. tahniah kpd kedua ibu bapa berjaya didik anak dgn baik.. semoga anak ini menjadi penyebar agama ke seluruh dunia dan membanggakan lg nama kedua ibu bapa.. Allahu Akbar.. ”
Tumpang gembira warganet melihat kejayaan Iman itu dan ianya menjadi inspirasi serta pembakar semangat untuk semua yang mengimpikan untuk anak menjadi hafiz dan hafizah. Semoga Iman terus menjadi anak yang soleh dan pencinta Al-Quran selalu. Tahniah Aidid dan Norzie kerana memberi contoh terbaik untuk semua ibu bapa lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aididmarcello
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen