Connect with us

Artis / Selebriti

” Kelakarlah family dinosaur ni, comelnya masing-masing.. ” – Netizen

Video Abby Abadi Dan Suami Memakai Maskot Dinosaur Sebagai Kej0tan Sempena Sambutan Hari Lahir Anaknya, Daiyan Fayyadh Buat Ramai Terhibur. Wah Meriahnya, Sporting Sungguh Keluarga Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram Abby Abadi, beberapa video sekitar sambutan hari lahir anaknya telah dikongsikan buat tatapan para peminatnya. Muhammad Daiyan Fayyadh telah memasuki usia 3 tahun pada tahun ini.

Seperti selalu, pastinya ada sambutan bagi meraikan hari lahir Daiyan. Pada tahun ini Abby memilih tema dinosaur. Idea ini datangnya daripada anak perempuannya, Maria Danisha. Abby kemudiannya telah membeli 5 pasang kostum dinosaur.

Apa yang menarik ialah mereka sekeluarga yang menjadi maskot dinosaur. Abby dan suami telah menyarungkan kostum dinosaur itu tanpa pengetahuan Daiyan demi untuk memberi kej0tan kepada Daiyan.

Gelagat mereka sekeluarga menghiburkan Daiyan pada hari lahirnya telah membuatkan ramai terhibur. Video yang dikongsikan telah mendapat puluhan ribu likes dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik. Wah, meriah sungguh.

Jom tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/CQP_-FjDcA8/

Lagi video yang dikongsikan :

https://www.instagram.com/p/CQQS9-HjUzU/

Ramai yang berminat dengan kostum dinosaur yang dipakai Abby sekeluarga sehingga bercadang untuk membeli jika Abby ingin menjual semula. Antara komen-komen yang diberikan :

Mcm nk gentelΒ² jew dino merah tuuu.. hahahah so cute.. nak kena pam angin ke supaya bagi kembang macam tu ? ”

” Hahahaha yg hijau tu Dinosaur kemek dah… Comell.. kelakar tgk ayah dia.. nk pkai baju tu longgar.. “

” Yg hijau tu kenapa lemah semangat je.. Detail laporan tu. Laporan di terima. Hehehe happy birthday Daiyan.. semoga membesar menjadi anak soleh.. “

” Comel keluarga dinosour.. ala.. comelnya mama.. Best la nampak fun plk . Good idea . Anyway Happy Birthday buat Dayyan .. “

” Hahaha… Kelakar lah family dinosaur ni.. Alala comey nye memasing… Nqk tgk mcm mn reaksi bday boy lps tgk tu.. “

” Mama nya yg paling pro .. Hahaha.cute nyerr sweet family la.. Happy bufday dayyan.. trsamalah tarikh bufday kite.. “

” Comelnya masing2… family spoting layankn mama abby_abadi… slmt hari lahir daiyan fayyadh faizal semoga jd ank soleh bjya khdpn didunia & akh1rat.. “

Wah, meriah sungguh sambutan hari lahir Daiyan. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 3 tahun. Semoga membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata dan soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT