Artis / Selebriti
” Kasih sayang dan rindu yang tiada bandingnya. Yang melihat pun rasa sebak.. ” – Netizen

Sempena Ulangtahun Kelahiran Puteri Ameerah Yang Ke 16 Tahun, Perkongsian Azrinaz Mazhar Hakim Untuk Puterinya Itu Buat Ramai Tersentuh Hati. Makin Cantik Anak Azrinaz Ini !!
Tanggal 28 Januari merupakan ulangtahun kelahiran cahayamata Azrinaz Mazhar Hakim iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Tahun ini puteri Azrinaz ini sudah pun berusia 16 tahun dan setiap tahun Azrinaz tidak pernah lupa akan kelahiran cahayamatanya ini walaupun berada jauh di mata.
Azrinaz pasti akan membuat satu posting di Instagram setiap kali tiba hari lahir Puteri Ameerah dan juga abangnya, Putera Wakeel. Setiap tahun juga para peminat Azrinaz juga turut menunggu ucapan daripada Azrinaz buat cahaya matanya. Untuk tahun ini ucapan Azrinaz cukup ringkas namun padat.
Azrinaz telah memuatnaik sekeping gambar terbaru Puteri Ameerah bersama Dayang Anisha Rosnah yang merupakan kakak ipar kepada Puteri Ameerah. Gambar tersebut dirakamkan ketika di majlis berbedak Diraja Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah.
Perkongsian ini telah menerima lebih 38 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Ramai juga yang memuji kecantikan Puteri Ameerah yang saling tidak tumpah seperti ibunya, Azrinaz. Sememangnya sangat copy and paste wajah kedua anak beranak ini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Perkongsian ini turut dihujani dengan ucapan hari lahir buat Puteri Ameerah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” My heart goes out to you. Many happy returns, Princess. May Allah reunite the love of a mother and a child. In Shaa Allah.. “
” Happy birthday princess Lagi 2 tahun mummy boleh jumpa dgn princess kan? She is exactly YOU CP.. wah tk sangka sam birthday dgn saya.. “
” Selamat ulang tahun princess ameerah, semoga pjg umur sehat selalu murah rezeki selalu dlm lindungan Allah SWT aamiin semoga selalu bahagia dimanapun kamu berada.. “
” Happy birthday princess ameerah, Allah Bless you.. Princess look exactly like her mother.. so beautiful.. makin besar makin seiras bondamu.. “
” Selamat hari lahir puteri Ameerah Wardatul Bolkiah moga dikurniakan kesihatan yang baik sihat selalu dipermudahkan segala urusan aamiin lawaa mcm emaknya.. “
” MasyaAllah happy bdayyy princess ameerah she’s so gorgeous .. ameerah with her cutie hello kitty hand bag .. semoga panjang umur, di beri kesehatan & tercapai segala cita – citamu.. “
” Hati Nurani seorang ibu. Kasih sayang dan rindu yang tiada bandingnya. Yang melihat pun rasa sebak azrinazmazharhakim Happy Birthday Princess Ameerah. You are so tall and beautiful.. “
Kami di Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 16 tahun buat Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Semoga menjadi anak yang berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga serta menjadi anak yang solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen