Artis / Selebriti
” Dulu aku tak pernah peduli pun Agong tukar. Sekarang aku punya sedih.. ” – Netizen
Video Menyayat Hati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Menangis Ketika Bertitah Di Majlis Jamuan Negara Buat Ramai Sayu. Agong Yang Paling Dirasa Kehadiran Dan Kasih Sayangnya Pada Rakyat Jelata. Ramai Yang Turut Menangis Sama Dengan Tuanku !!
Berbaki beberapa hari sahaja lagi,Β era pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal berakhir. Tak terasa 5 tahun sudah berlalu sejak Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara.
Bersempena hari-hari terakhir Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri, Tunku Hajjah Azizah Maimunah bersemayam di takhta, pelbagai majlis diadakan untuk meraikan Agong dan Permaisuri. Semalam telah berlangsungnya Majlis Jamuan Negara dan Al-Sultan Abdullah memberikan titah yang menyentuh hati.
Meninjau akaun Tiktok Jaynalist, telah dikongsikan video ketika Tuanku Al-Sultan sedang bertitah. Tidak dapat menahan air matanya, berkali-kali Tuanku terhenti ucapannya kerana menangis. Bergetar suara Tuanku pada titah-titah terakhirnya itu.
Adat pertemuan pasti akan ada perpisahan, Tuanku memohon kemaafan daripada semua andai ada terkasar bahasa sepanjang bersemayam di takhta diraja. Tidak hanya Tuanku Al-Sultan Abdullah menangis, malah permaisuri juga turut menangis sama.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@jaynalist Agong sebak sehingga menitiskan air mata ketika bertitah pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan baginda. #agong #agongkita #ydpa #royal #royalfamily #rpa #queen #tunkuazizah #istananegara
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lembutnya hati baginda tuanku agong… sehingga x tertahan menitiskan air mata kesedihan ketika bertitah di jamuan negara majlis perpisahan. daulat tuan.. ”
” Selama ini Sya pun mcm tak perasan Klau Agong berganti dan diganti. Tpi Agong kali ini ada Agung yg berjiwa Rakyat terasa sebak didada.. ”
” Selama ini , sblm ini.. Agong kita bgntiΒ²btukar, sy mmg x prasan, tak sedar, dah hbs tempoh tpi.. Agong kali ini kenapa sy rs sgt terasa.. ”
” Dulu Aku tak pernah peduli pun Agung tukar-tukar.. sekarang Aku punya sedih.. tgk agong nangis dengan aku sekali banjir.. ”
” masa zaman penerintahan Baginda byk sgt kisah suka dan duka. Agong yang terbaik dan berjiwa rakyat.. ”
” Agong kali ni yg paling dekat di hati rakyat.. terasa sgt kesedihan.. Agong lain tak rasa macam ni…mmg keperibadian Tuanku dan Permaisuri yg baik.. ”
” agung yg ni auranya lain macam. first rasa sedih bila agong nak bertukarβ¦ semoga tuanku berdua sentiasa dlm lindungan Allah.. Agong pertama yg buat rakyat borneo rasa disygi.. ”
Banyak kenangan yang Al-Sultan Abdullah cipta bersama rakyat sepanjang pemerintahannya ini. Begitu juga terlalu banyak kenangan manis yang rakyat akan ingat pada Tuanku dan Permaisuri. Semoga Al-Sultan Abdullah dan permaisuri sihat selalu dan selamat pulang ke Pahang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jaynalist, Tiktok tunkuazizah8
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen NetizenΒ
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein