Artis / Selebriti
” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Bella Astillah mendendangkan lagu Lebih Indah Berpisah di Paradise Food Festival buat peminat teruja. Wah tak sangka Bella ubah lirik yang last tu. Mesti ramai yang berbunga-bunga hati dengar..
Umpama tidak mengenal penat, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menghadirkan dirinya ke event Paradise Food Festival yang berlangsung di padang MPAJ Pandan Indah untuk menghiburkan pengunjung. Walaupun tidak berehat sepenuhnya selepas kembali dari shooting di Swiss, Bella sangat commited dengan amanah yang diberikan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Team BASS, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Bella. Bella yang tampil ringkas dengan kemeja putih dan berseluar jeans tetap kelihatan anggun dan berseri-seri wajahnya.
Lagu popular Bella berjudul Lebih Indah Berpisah didendangkan menerusi video perkongsian ini. Nyanyian Bella secara live tidak pernah mengecewakan peminat. Suara Bella yang merdu dan vokalnya juga semakin hebat, hari demi hari semakin sedap didengar.

Pengunjung terhibur dengan nyanyian oleh Bella itu dan Bella memberi satu kejutan untuk semua apabila mengubah lirik lagu ini pada bahagian akhir. Bersorak dan bertepuk tangan pengunjung mendengar bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Bella itu. Bella meluahkan perasaan menerusi lagu kali ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sweetnya Bella, best Bella pilih bercinta bukan bersedih semoga Bella terus happy DN bahagia selalu dgn anak DN keluarga tersayang.. “
” Jika telah Allah SWT tetap km Bella berjodoh dgn seseorang itu kita semua merestui DN satu Malaysia sedang menunggu hari itu akan tiba.. “
” Percintaan yang membahagiakan ramai lg yg lain.. wah yang last tu mahal, kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. “
” Akhirnya aku pilih bercinta.. woww satu dunia tersenyum Bella bahagia disisi Yb Syed Saddiq… cinta selamanya.. bahagia sampai syurga.. “
” Wow wow yang last tu power. terbaik lah bella pilih untuk bercinta.. Ya Allah.. Wanita luar biasa Bella Astillah xpernah rasa penat…kuat bekerja. Percintaan Bass buat ramai orang bahagia.. “
” Yang last tu saya suka.. aku pilih bercinta, aku pilih berdua.. Lebih indah bersama yb syed saddiq…. semoga Allah SWT permudahkan segalanya… InsyaAllah. Aamiin Aamiin Aamiin.. “
” Yayyy tersenyum dengar lirik last Bella tu. Bella memang tengah bahagia sekarang. yb lelaki terbaik untuk Bella dan anak-anak.. semoga bahagia sampai bila-bila.. “
Siapa sangka Bella akan menukar lirik akhir lagu ini semanis itu. Pastinya tidak hanya pencinta BASS yang tersenyum mendengar ayat Bella itu tetapi YB Saddiq juga boleh blushing mendengarnya. Semoga bahagia sentiasa bersama Bella dan dicintai selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Team BASS, Tiktok arniidris_annisa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

