Artis / Selebriti
” Hawra, ayah awak mungkin tak nampak awak membesar setiap hari, tapi cintanya tetap ada.. ” – Komen Netizen
Kamal Adli kongsi video bermesra bersama anaknya, Hawra Uqaira buat peminat tersentuh. Alahai comelnya Hawra ketawa mengekek bila ayah mengusik. Sebak baca kapsyen Kamal. Rindu seorang ayah untuk anak tersayang..
Kisah Kamal Adli dan Uqasha Senrose belum lagi menemui titik noktah dan jalan damai. Kamal masih ingin mempertahankan rumahtangganya itu sekali pun sudah didesak untuk melepaskan talak. Alasan utama Kamal adalah untuk kebahagiaan dan menjaga emosi anaknya, Hawra Uqaira.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kamal Adli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kamal bersama Hawra di dalam kereta. Hawra yang duduk di atas riba Kamal ketawa kerana terhibur dengan cara ayahnya mengusik dan membuat jenaka.
Melihat wajah ceria Hawra dan Kamal apabila bersama membuatkan hati warganet tersentuh. Tiada ayah yang tidak sayangkan anak dan seboleh-bolehnya mahu anak sentiasa bersama. Impian setiap ayah untuk melihat anak membesar di hadapan mata, namun sayangnya keadaan tidak mengizinkan Kamal untuk melalui semua itu sekarang.

Warganet tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat untuk Kamal di ruangan komen posting ini. Ramai yang bersimpati dengan situasi yang Kamal hadapi sekarang dan mahukan Kamal untuk terus kuat demi Hawra. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hawra, ayah awak mungkin tak nampak awak membesar setiap hari, tapi cintanya tetap ada. Semoga yang baik baik utk korang.. “
” Aku seorang ayah.. aku tgok Kamal dgn anak nya dah boleh tahu anak nye rapat dgn sape.. xpe mal.. kuat kan diri.. tawakal.. doa bnyak2.. in Shaa Allah yg baik2 akan Dtg.. percaya lah Allah dah aturkan yg terbaik untuk hamba yg baik.. mudahan2.. “
” Bertuah uqasha dapat kamal ni. Anak dia syg bini dia pujuk emmmm. Ala keciannya.. satu hari nanti anak akan faham apa yang berlaku.. “
” MashaAllah tabarakallah hepi Hawra dpt jumpa ayah dia… jgn putus asa berdoa Kamal… semoga Allah bukakan jalan perdamaian buat kalian… tiada yg mustahil dgn kuasa Allah.. “
” Kasih sayang seorang ayah.. anak solehah ayah Hawra Uqaira.. ayah hebat, ada nikmatnya selepas ini Kamal. Biar Allah tunjuk jalan cerita awak.. “
” Masyaallah manja nya anak ayah sorang ni.. moga Allah mudahkan awak selalu ada dengan ayah ya.. muka sama macam ayah, comel hawra.. “
” Perasaan serabut pikir masalah dgn isteri tak seteruk serabut perasaan rindu sorang ayah kpd anaknya.. sebak dada mcm nak pecah, hanya Tuhan jer tahu.. nak2 anak tgh fasa membesar mcm nie,byk benda dia nak explore.. be strong Kamal.. insyaAllah ada kemanisan di kemudian hari.. “
Seronok warganet melihat telatah Hawra bersama Kamal itu. Kasih sayang seorang ayah tidak akan pernah terhenti untuk anak perempuannya. Semoga segalanya berjalan dengan baik untuk Kamal dan Hawra dan ikatan anak dan ayah ini akan selama-lamanya seperti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kamal Adli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

