Artis / Selebriti
” Kalau dia tau password apa masalahnya. Kesian nak kena menjawab benda remeh temeh macam ni.. “- Komen Netizen
Video Amira Othman dan Fattah Amin menjawab isu Amira tahu password handphone Fattah raih perhatian warganet. Alahai kesian Mira, panjang berjela Mira terangkan..
Gelagat Amira Othman menggunakan handphone Fattah Amin ketika bersiaran langsung baru-baru ini menarik perhatian ramai. Warganet mengatakan Amira mengetahui password handphone Fattah kerana melihat Amira menekan-nekan skrin handphone Fattah dengan pantas ketika mula memegangnya.
Ini menjadi persoalan dan kesempatan pihak wartawan bertemu Amira dan Fattah digunakan untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penjelasan Amira tentang isu itu.
Terang Amira, pada waktu itu dia sibuk untuk fokus kepada penerangan produk dan membaca komen daripada viewers. Amira meminjam handphone Fattah dan pada waktu itu, handphone tersebut dalam keadaan unlock dan bukannya Amira yang membuka lock screen handphone tersebut.

Tambah Amira lagi, mereka rakan sekerja dan dia tidak pernah sesekali mencampuri urusan peribadi Fattah dan begitu juga sebaliknya. Mereka hanya menggunakan handphone untuk urusan kerja sahaja dan tidak lebih daripada itu. Fattah juga turut mengiyakan segala yang Amira terangkan kepada wartawan.
Jom tonton video di bawah :
Video yang tular sebelum ini :
@imani_imtiyaz Replying to @ayu.rahayu4442 neyyyyyyy #fattahamin #amiraothman
@cikindah911 Hahahahaha.. Mata semua tajam betul ekk 😆.. Actually screen phone tu dah 🔒 lpastu dorg nmpk kaklong bukak password hahaha part tu tk sempt rekod.. 🤣.. #fattahamin #amiraothman #fattmira
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Amira dia punya speaking ni mmg charming, ayat dia tersusun dan tenang je jawab.. biarlah pun diaorg nk tahu password each other pun. Dah mereka berdua ok jer.. “
” Diorg x salah pun. It’s normal la kalau diorg tahu password masing². Mcm lah korg xtau password pasangan korg kn.. “
” Kalau ye pn dia tau password ape masalah nye.. kesian dorang nak kena menjawab benda remeh temeh macam ni heheh.. “
” Kesian Amira, wartawan tiap tiap minggu nak up pasal dia.. kalau tahu pun xde masalah sbb dorang pun keje sekali kan.. “
” Takpeee kami percaya and ‘rakan sekerja’.. klu dia tahupun paswordpun apa kaitan dgn korang.. apalah wartawan ni haha.. “
” Ralit la dgr mira explain, muka sejenis comel. Mulut dia seksi bentuk love. Lawoo lah.. Kalaupun dia tahu password FA pon.. Apa yg korang menggelabahnya.. “
” Omeyyyy… klu tahu password pon x pee.. kita faham… semoga berjodohan.. yg baik kita aminkann.. itu tanda saling percaya mempercayai.. “
Jawapan yang jelas daripada Amira untuk meleraikan kekeliruan warganet mengenai isu itu. Semoga jawapan Amira dan Fattah ini cukup untuk menjawab dan tidak timbul lagi persoalan sebegini pada masa akan datang. Apa-apa pun, semoga Fattah dan Amira dimurahkan rezeki selalu dan berjaya dalam semua promosi yang mereka jayakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti4 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya wife Radin ni, sekali pandang nampak macam Siti Khadijah.. ” – Komen Netizen

