Artis / Selebriti
” Adoi lawak lah, Papa dah pandai nak caras Mama. Sikit lagi jari tu nak masuk lubang hidung.. ” – Komen Netizen
Video suami Elly Mazlein, Cikgu Azlan cuba caras job Kak Lina sebagai pengacara buat ramai terhibur. Kali ni muka Kak Lina dah tak melekap kat cermin, tapi bibir pula kena tonyoh dengan Cikgu Azlan. Adoi, masuk air lah suami isteri ni, haha..
Sebelum ini tular sebuah video yang dikongsikan oleh Elly Mazlein yang memaparkan Elly sedang bercakap dengan suaminya, Muhammad Azlan yang berada di dalam kenderaan sambil Elly melekapkan mukanya pada cermin kereta. Video tersebut telah membuatkan ramai netizen berasa terhibur.
Kali ini Elly telah memuatnaik video kesinambungan dari video tersebut yang mana wajah Elly sudah dipenuhi dengan lipstik. Pada ketika itu Elly duduk di ruang tamu dan didatangi oleh suaminya. Melihat wajah Elly sahaja sudah cukup terhibur.
Kali ini cikgu Azlan pula membalas kepada Elly dengan menutup mulut Elly ketika hendak bercakap dan nampaknya Cikgu Azlan sudah hafal apa yang Elly hendak mengajarnya sebelum ini. Wah, tak sangka cikgu Azlan pun sama ‘ masuk air’ macam isterinya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh satu jam ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya pasangan ini cukup serasi dan Cikgu Azlan pun sudah pandai melawak seperti isterinya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat suami dan isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Kalau aku jadi papa aku dah tergelak cam langsuirrrr .. Peminat pulak cikgu.. senang ah bab bab hafallll ni. Dh brjagkit kpala masuk air jugk papa kepom ni.. “
” Kenapa papa makin banyak terlibat ni sat g mmg job kepom, papa caras.. Sakit perut aku ketawa.. Papa jgn kluar sllu tau! bahaya…. Mama pun.. “
” Mana laaaa anak haku punyer pencuci mekap…geram nk tenyeh kt muka kepom ni hahahaha! Cikgu pun dah terlibat sama nih.. “
” Hahaha,alamak rse mcm nk touch up lg la kt muka tu,rakyat majmuk nk tgk.. kepom..tolong jgn bg kita sakit pengkrea gelak sbb kak lina.. “
” Hahaha adohaiii kaklina, aku xble la. Papa pun da pandai nak caras mama.. Tak yah nak nunggu pukul 9,skg Pon dah kelakor .. “
” Gila xhafal bernanah telinga papa smpi bw ke sekolah silap2 kt perhimpunan sek pon papa bt pengumuman.. Sekali papa jadi mgsa layan dia punya tingtong.. “
” Ahahahaha….adoii lawakkkk lah…mcmn papa boleh x gelak erhhh.. Skit lagi jari tu nak masuk lubang hidung kepom.. “
Macam seronok pula melihat video Elly dengan cikgu Azlan. Pastinya peminat akan menantikan video mereka bersama lagi kerana gelagat Elly dan suami sangat menghiburkan. Semoga bahagia selalu Elly Mazlein dan cikgu Azlan hingga ke syurga. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu

