Artis / Selebriti
” Kak Watie, share lah pengalaman first time Kak Watie jumpa Shuib.. ” – Netizen
Terima Soalan Daripada Netizen, Watie Hanifiah Buat Pertama Kali Dedahkan Detik Pertemuan Pertama Dengan Shuib Sepahtu. Wah Macam Tu Rupanya Shuib Mengorat Watie, Bukan Biasa-Biasa Shuib Punya Usaha. Ayat 1st Shuib Masa Jumpa Tu Bukan Main Lagi, Hehe !!
Sampai ke hari ini, ramai yang masih tertanya-tanya tentang bagaimana perkenalan antara Watie Hanifiah dan Shuib Sepahtu terjalin. Pernah juga Shuib sebelum ini dalam satu video memberitahu dia yang memulakan perkenalan mereka menerusi Instagram.
Watie juga beberapa hari yang lalu ada menjawab persoalan daripada salah seorang netizen yang mengatakan dia berkenalan dengan Shuib semasa arwah Siti Sarah masih ada. Watie turut memuatnaik paparan skrin DM yang Shuib hantar kepadanya lagi dan ianya berlaku beberapa bulan selepas Shuib bergelar duda.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu lagi video yang menunjukkan Watie bercerita mengenai pertemuan pertamanya dengan Shuib. Kata Watie, setelah bersetuju untuk berjumpa, Shuib mengadakan pertemuan pertama mereka di panggung wayang.

Shuib menyewa satu panggung wayang untuk mereka berdua. Cerita Watie lagi, 1st impression Shuib ketika mereka bertentang mata adalah mengatakan ‘ yoh wangi ‘. Watie juga mendedahkan walaupun Shuib nampak kelakar tetapi Shuib juga seorang yang garang.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian oleh Watie telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masa booking pawagan tu dia bawak askar kan.. Shuib bawak semua anak-anak dia, odey semua kalau tak silap.. ”
” Belum cite dah gelak, itu lah perempuan kan.. hahahahahaa.. Sebab kita dah rewind dlm kepala auto geli hati akan gelak dulu bru bercerita.. ”
” Daya tarikan graviti ke mommu haha.. masa dating bawak anak-anak tak hehe.. rasanya hrtu ada baca kt story dia cakap bawak bodyguard 8 orang. Rasa family shuib laa kot.. ”
” Wahh 1 pawagam eaaa.. Semoga Allah pelihara rumahtangga kita semua, sentiasa sakinah, mawaddah wa rahmah , bahagia dunia Akhirat.. ”
” Ala gediknya mommy hahha.. mommy comel lah.. Nti kak watie buat la live, boleh sembang lama-lama.. ”
Seronok mendengar Watie bercerita, ada tarikan ye Watie. Pandai Shuib atur pertemuan pertama, ekslusif betul tanpa gangguan orang luar. Pada waktu itu, semuanya adalah rahsia, sampai lah terkantoi dan warganet dapat menghidu kisah percintaan Watie dan Shuib ini.

Apa-apa pun, segalanya Allah sudah aturkan sejak azali lagi. Ajal, m4ut dan jodoh semuanya sudah tertulis. Semoga Watie dan Shuib sentiasa dikurniakan kebahagiaan, dirahmati perkahwinannya dan gembira selalu bersama anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad



