Artis / Selebriti
” Kadang kadang Kak Ina menangis kalau tengok Salman. Kadang kadang boleh menangis sendiri.. ” – Ina Naim

Video Ina Naim bercerita mengenai anak lelakinya, Salman ElKhoyri buat ramai tersentuh. Bagusnya Salman, sentiasa ingat apa yang arwah Suhaimi ajar. Anak soleh..
Perginya seorang anak adam, bukan harta dunia yang akan dibawa ke alam barzakh tetapi amal jariah dan doa anak-anak yang soleh. Itu lah yang diterapkan oleh arwah Suhaimi Saad untuk anak-anaknya dan kini setelah pemergian Suhaimi, segala asuhan yang diajar dapat dilihat hasilnya pada anak-anak Suhaimi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Inanaswmfqk, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina Naim bercerita mengenai anak-anaknya. Kata Ina, setiap kali melihat anak-anak, hatinya dijentik rasa sedih lebih-lebih lagi jika melihat anak ketiganya, Salman Elkhoyri.
Jelas Ina, Salman jarang bersama Ina kerana Salman tinggal bersama atuk dan neneknya di kampung. Banyak kelakuan Salman yang mengingatkan Ina kepada Suhaimi. Segala amalan, peringatan dan ajaran Suhaimi diamalkan oleh Salman.
Ina juga turut bercerita sebab mengapa Suhaimi memilih untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan mengadakan homeschooling. Bukan mudah tetapi Suhaimi seorang guru yang bijak dan mampu mengajar anak-anaknya ilmu dunia dan akhirat agar seimbang.
Jom tonton video di bawah :
@inanaswmfqk Dibvli Di Sekolah Tahfiz Punca Anak2 Homeshooling #esekeli #berandafyp #foryoupage❤️❤️ #berandatiktok #foryoupage #foryou #fypage #fyp #inanaim #fypシ゚
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anak anak dia pandai ilmu akhirat.. untung arwah SS Di Sana APA YG SS ajar ank ank semua ikut smpai SS dh tk de.untung sangat sangat ina dn SS.. “
” Anak2 dia pandai bab akhirat, ayah diorg meninggal, anak diorg lelaki jd imam, bagusnya, tak semua anak2 kita nt ingat kita mse kita dah takde.. “
” Maaf byk2… pn ina x bangga anak x sekolah.. die hny ceritakan pengalamannya. Dunia ni milik Allah. Cari Allah pasti dunia dan akhirat Allah bagi. jgn risau. Hari ni akhlak dan adab pd anak anak makin pupus.. “
” Kejar dunia dpt dunia je.. kejar akhirat dunia akhirat dpt… in Syaa Allah.. bruntung dia anak² semua celik akhirat.. bagus didikkan arwah ss..semoga ank2 Ina berjaya ddunia akhirat.. “
” Bgs la ina n arwah husband.. xsemua parents pk mcm ni.. zuhud ke ek cm ni.. hasil nya anak2 nya igt Allah.. itu je sbnrnya yg diperlukan.. “
” Bila mak ayah xde.. Yg di harapkan.. Doa2 dri anak2 yg soleh.. Beginilah.. Yakin Percaya Rezeki Allah itu luas.. Trbaik cara didikn ss.. “
” Kita blh nmpk dia rasa bangga dgn apa yg tlh arwah suami buat UTK ank2 dia. wpun di mata sesetengah org mereka tiada apa tp BG Ina arwah dh buat yg terbaik UTK keluarga.. “
Semua yang diajar dan diasuh oleh Suhaimi diikuti dan diamalkan oleh anak-anaknya. Satu kebanggaan untuk seorang ibu dan ayah apabila anak-anaknya selalu ingat Allah, itu lah bekalan sebenar untuk Ina dan Suhaimi. Semoga anak-anak Ina sentiasa istiqamah dan sentiasa dalam jagaan-Nya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Inanaswmfqk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral2 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral3 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S