Artis / Selebriti
” Bercerita ruang rumah time kecil dulu confirm sebak. Banyak kenangan bersama insan yang telah tiada.. ” – Komen Netizen
Nabil Ahmad kongsi video house tour rumah kampungnya dan mengimbau kenangan ketika membesar raih perhatian ramai. Tersentuh bila Nabil cakap ingin jadikan rumah ini sebagai madrasah..
Meninjau ke akaun Tiktok Nabil Ahmad, perkongsian sebuah video yang memaparkan house tour rumah kampung Nabil di Mambau, Negeri Sembilan telah meraih perhatian ramai. Rumah tersebut didiami oleh Nabil sejak dari kecil lagi.
Rumah tersebut agak besar walaupun merupakan rumah kayu. Nabil turut menunjukkan bilik tidurnya dan juga beberapa ruang di dalam rumah tersebut. Pastinya setiap sudut rumah ini telah menyimpan seribu satu kenangan buat Nabil.
Nabil turut menyatakan hasratnya untuk menjadikan rumah milik keluarganya itu sebagai sebuah madrasah. Hasrat murni Nabil ini bertujuan untuk memberikan pahala buat ibu bapa serta adik-beradik ibunya agar sentiasa mengalir sebagai saham akhirat.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Difahamkan, Nabil dan isterinya, Zira Ayub menziarahi rumah tersebut ketika pulang ke kampung bersempena dengan sambutan Aidiladha hujung minggu lalu.
Jom tonton video di bawah :
@nabilofficial83 House tour rumah. Simpan sini buat kenangan.
Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sampai skrg Kalau lalu mambau Mesti tgk uma nabil, walaupon tahu nabil x stay sini lg.. dulu kan ade tgk rancangan trek selebriti dgn jimmy shanley, p uma sini laa Sape ingt? “
” Pernah berurusan dgnnya masa despatchboy, selalu marah dia sbb masuk offce tk bukak helmet dan dtg trlalu awal collect doc. Dia cakap maaf kak saya ada kerja lain sebagai pembuat air, ingt dia tipu.. “
” Bila pegi rumah lama kita membesar rasa sayu hati…rindu kenangan dulu…suasana dulu…setiap sudut tmpt tu ada cerita dia… “
” Akk klau lalu mesti pandang umah babil.. Babil pon buatkn akk air teaO ais kt kedai makan mambau Halimah. Ingat lagi.. Babil X ingat tu.. “
” Klau bercerita setiap ruang rumah time kecil2 dulu, comfirm sebak. Byk kenangan terutama bersama insan tersayang yg telah tiada.. “
” Sesuai sangat tu Madrasah depan Masjid Mambau Bertambah imarah masjid lepas nie.Moga dipermudahkan segala urusan nabil.. “
” Mesti rindu dgn sebakk kn igt kn blik sy blik kg pn sma tgk ruma dh usang xde org jga, kenangan mbesar d kmpung.. “
Cukup besar rumah keluarga Nabil dan amat sesuai untuk dijadikan madrasah. Rumah tersebut juga perlu diperkemaskan kerana masih banyak barang-barang kenangan. Semoga hasrat murni Nabil ini dapat dicapai dan segala urusan dipermudahkan buat Nabil sekeluarga. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tt Nabil Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin

