Artis / Selebriti
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah. Sedap rupanya lagu ni.. ” – Komen Netizen
Datuk Aishah kongsi video menyanyi lagu Fattah Amin dan Fazura, Bertahan Demi Cinta raih pujian ramai. Wah sedap betul bila penyanyi legend menyanyi lagu ni. Mendayu-dayu, terbuai-buai dibuatnya. Part pesanan Aishah selepas menyanyi tu memang padu..
Sana sini masih hangat diperkatakan mengenai lagu Bertahan Demi Cinta nyanyian asal Fazura dan Fattah Amin. Gara-gara nyanyian live Fazura di sebuah stesen televisyen Indonesia, pelbagai respon diterima, baik yang positif mahu pun yang berunsur negatif.
Meninjau entry di akaun Instagram penyanyi senior, Datuk Aishah telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Datuk Aishah menyanyi lagu tersebut. Suara dan vokal Datuk Aishah tidak dapat dinafikan, memang terbaik dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Lunak dan merdu suaranya itu membuatkan warganet seronok mendengar lagu tersebut.
Setelah selesai menyanyi, Datuk Aishah memberikan komen dan pandangannya untuk isu lagu tersebut. Kata Datuk Aishah, tidak perlu mengecam dan menambahkan lagi dosa. Video ketika live itu hanya lah sekadar persembahan dan banyak faktor yang mempengaruhi sesebuah nyanyian.
Matang dan menenangkan sahaja nasihat daripada penyanyi tersohor era 80an ini. Yang penting katanya, enjoy sahaja menikmati apa-apa sahaja nyanyian. Warganet turut meminta untuk Datuk Aishah merakamkan semula lagu ini kerana ianya sesuai dengan tone suara Datuk Aishah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Laaa sedap rupanya lagu ni.. Classic.. Ini baru penyanyi namanya.. terima kasih kerana menyedapkan lagu ni. baru lena tidurku, hehe.. “
” Ohhh myyyyy is this that song? Sedap rupanya lagu.. Ikhlas dan jujur sebenarnya terlalu indah.. Bagus kata-kata nasihat dan teguran k Aishah.. begitu halus tp fahaminya betul-betul.. “
” Jadi sedap terus lagu ni.. thank you kak Aisyah.. Nak kak Aishah rakam lagu ni semula.. ni baru betoi penyanyi.. “
” Kenapa tiba-tiba aku rasa sedap lagu ni ditangan Aishah ?? tetiba minat.. lagu ni jd versi 90an ni best.. “
” Wow nice lah kak ,sesuai dgn suara lembut je.. suara emas kak aishah tiada tandingan.. wlpun tiada Muzik ttp rasa trbuai.. “
” Masuk ke jiwa…deep.. Bila ditangan orang yang betul.. terbaik Aisyah menyanyi kn lagu ni.. bila legend dh kluarkan voice.. bru menusuk hati.. “
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah.. Baru dpt dgr versi sebenarnya.. Sedap rupanya lagu ni… Sbb dberikn n dletakkn pd tpt dia yg betul.. “
Suara yang membuai perasaan dan membuatkan ianya kedengaran berbeza daripada versi penyanyi asal. Suara legend memang berbisa dan tetap merdu walaupun tanpa muzik. Apa-apa pun, nasihat yang diberikan oleh Datuk Aishah itu boleh diambil dan dijadikan panduan untuk semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aishahjmm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam dia cakap mummy, mummy pulanglah balik. Macam biasa.. ” – Mas Idayu
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti, tapi suara Danial ni lemak, merdu, husky, semua cukup.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You look mega, sound pun mega.. ” – Dato’ Ramli MS
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala satu juta, takkan aku tak boleh bayar.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Suara bell macam iklan radio dah, siap mimik muka main peranan.. ” – Komen Netizen