Artis / Selebriti
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen
![](https://beritakopak.cc/wp-content/uploads/2024/11/hadie-nangis-2-FI.jpg)
Video anak sulung Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie tidak dapat menahan sebak dan menangis selepas sempurna akad Ijab dan Qabul ibu dan ayah tirinya buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Hadie menangis macam tu..
Segalanya sudah tertulis apabila balu kepada arwah Suhaimi Saad, Ina Naim kembali bergelar isteri pagi tadi. Mohd Khairul Rizal adalah insan bertuah yang berjaya membuka hati Ina untuk berkahwin lagi. Perkahwinan kedua Ina ini juga dipersetujui oleh keempat-empat anaknya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ina.naim2, telah dimuatnaik video yang memaparkan reaksi anak sulung Ina, Ehmad Hadie Elfardie sejurus selepas upacara ijab dan qabul berlangsung. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Ina sah menjadi isteri kepada Khairul.
Suasana mula berubah sebak ketika bacaan doa apabila Ina menitiskan air matanya. Hadie yang berada di samping Khairul juga gagal mengawal perasaan dan turut menangis. Hadie kelihatan berkali-kali mengesat air mata yang mengalir di pipi dan seseorang menghulurkan tisu kepada Hadie.
Pelbagai andaian yang bermain di minda warganet dan rata-ratanya turut merasai perasaan sedih Hadie itu. Tanggungjawab untuk menjaga adik-adik dan ibu kini telah pun diserahkan kepada ayah baru. Andaian warganet mungkin itu antara sebab mengapa Hadie menangis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ina.naim2 #inanaimnikah #inanaim #masukberanda #fypage #foryou #fypシ #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Perasaan yg bercampur baur.. sedih teringat indahnya kngn bersama ayh yg melengkapi keluarga terselit gembira kerana ibu n adik² dpt tmpt ” berteduh” bermula hari ini semoga berkumpul bersama di syurga.. “
” Sebab dia anak sulung perasaan yg campur baur… gembira dan sedih.. Sedihhhhnyaaa….. Knp la airmata sy mngalir tiba-tiba.. “
” Dia teringat ayahnya dlm masa sama dia bersyukur ada org yg blh jaga ibunya.. Saya turut sebak… dan turut bahagia melihat kebahagiaanya, percaturan Allah sentiasa terbaik, berkat kesabaran.. “
” Allahuakbar .. sayu nye hati ini .. sedih tengok anak sulong menangis .. Ya-Allah beri lah kebahagiaan keluarga baru ini.. aamiinnn.. “
” Kita yang tengok pun sedih.. airmata pun keluar.. bercampur sedih dan gembira , sedih mungkin teringat arwah ayah gembira ada org jaga maknya.. “
” Ank sulung org pertama yg melihat derita bahagia org tuanya. Anak sulung melihat segala kekurangan kepayahan ibubapa dan byk kenangan dr adik2nya.. “
” Hnya dia yg tahu susah payah ibunya selepas ayahnya meninggal. kita pon menangis, sedih campur gembira. Tahniah Ina dan suami semoga bahagia dunia akhirat.. “
” Untuk yg bertnya knp anknya menangis.. jwpannya.. krn dia yg memikul tgjwb sbgai pelindung kpd ibu dan adik2nya.. sepertimana seorg ayh yg sedih.. begitulah dia.. tgjwb itu bkal dlpaskan kpd org lain.. “
Perasaan yang bercampur baur itu hanya Hadie yang merasainya. Mungkin ada yang mengusik jiwa anak muda ini dan dalam masa yang sama gembira kerana ada tempat untuk ibu dan adik-adik bergantung selepas ini. Apa-apa pun, Hadie anak yang baik dan akan selalu menjadi anak soleh Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Naim2, Tiktok LindaNgimin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen