Artis / Selebriti
” Ingat aku seorang je macam ni. Saripah buat hal la nak pakai celak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Kak Lina Pom Pom mahu memakai celak mata buat warganet terhibur. Banyak kali Kak Lina cuba, tetapi mata bagi kerjasama. Last-last satu pun tak berhasil. Frust member, haha..
Sebut sahaja nama Kak Lina Pom Pom, pastinya ramai akan terbayangkan perangai Kak Lina yang happy go lucky dan penuh dengan keceriaan itu. Ada sahaja gelagat Kak Lina yang mencuit hati warganet setiap kali Kak Lina memuatnaik videonya di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Kak Lina cuba menunjukkan tutorial memakai celak mata. Pada paparan video, tertulis ayat berbunyi ‘member nak pakai celak, tapi mata macam tak nak geng, nape ekk’.
Gelagat Kak Lina itu menggeletek hati warganet. Bukan perkara mudah untuk memakai celak mata sekiranya mata tidak memberikan kerjasama. Ke kiri, ke kanan jari cuba melakar tetapi hasilnya tidak seperti yang diinginkan. Bukan Kak Lina sahaja tetapi ramai kaum wanita yang menghadapi perkara yang sama.

Bak komen warganet, ada masanya lakaran celak terpanjang sebelah dan ini boleh membuatkan darah menyirap. Terkial-kial melukis garisan mata tetapi tetap juga tidak sempurna. Akhirnya campak sahaja celak mata ke meja dan biarkan sahaja mata bebas tanpa celak.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sama lah, one hour later.. lg sakit hati kalau yg sebelah dh cantik pakai.. tetiba sebelah lagi x sama panjang sayapnyer.. sudahnya tak pakai celak lah hahha.. “
” Ingat aku sorang je macam ni haha.. Lagi menchik kalau hujung celak kiri kanan tak sama lentik dan tak sama panjang.. sharifah mintak tolong cikgu pakaikan lah haha.. “
” Saripah knpa gini jadi nya … tapi x pe lah saripah tetap no syatuuuu x kan last lah ekkkkk.. tq menghiburkan hati ini.. lawak tengok muka kepom tu.. “
” Lawak laa Kak Lina, ni tanda-tanda mata muda haha.. Adoii Sharifah.. jadi pengacara je lah sharifah takyah jdi tukang mekap.. “
” Budak Saripah buat Hal la nak pakai celak la bagaiiii…. Tak tido tido.. udah siap ke belum tu haha.. benci lah budak saripah ni, jarang tak kelako haha.. “
” Geram tengok muka kepom tu. kalau tak buat lawak memang tak sah kan. haha memang ramai lah geng, mata tak nak bagi kerjasama.. “
Ekpresi wajah Kak Lina mencuit hati warganet. Memang ramai sebenarnya yang mengalami perkara yang sama setiap kali ingin memakai celak mata. Part terconteng mata tu memang win lah Kak Lina. Terhibur semua dengan perangai Kak Lina yang masuk air ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak dengan bapa sedap suara mantap. Suara Thalita macam suara arwah ibunya.. ” – Komen Netizen

