Artis / Selebriti
” Patutlah Ernie berbakat, rupanya ada guru vokal yang sangat berbakat di sebaliknya.. ” – Komen Netizen
Syamel kongsi video ayah Ernie Zakri menyanyi lagunya bertajuk Beribu Tanda Tanya buat ramai terpesona. Fuhh, terus jadi vibe lagu lama-lama, sedap betul suara ayah Ernie..
Sebut sahaja nama penyanyi Ernie Zakri dan suaminya Syamel, pasti ramai yang mengenali pasangan ini. Mereka berdua merupakan antara penyanyi yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Boleh dikatakan hampir semua lagu nyanyian mereka menjadi hits dan siulan ramai.
Terbaru, menerusi tinjauan di akaun TikTok milik Syamel, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan ayah kepada Ernie iaitu Zakri Ahmad sedang menyanyi lagu baru Syamel berjudul Beribu Tanda Tanya sambil bermain gitar. Di ruangan kapsyen, Syamel menulis yang dia baru mengetahui siapa yang mengajar Ernie menyanyi.
Nyanyian bapa Ernie itu telah membuat ramai peminat terpesona dan ada yang meminta Syamel memuat naik video bahagian kedua. Syamel kemudiannya turut berkongsi sambungan video tersebut. Kedua-dua perkongsian video tersebut menerima pujian ramai warganet.

Tulis warganet, suara papa Ernie begitu gemersik dan membuatkan mereka berasa sayu mendengar nyanyiannya. Sehingga kini, perkongsian video papa Ernie menyanyi itu telah meraih puluhan ribu tontonan serta menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@syamel_official Part 1. The one and only En. Zakri my FIL ❤️. Baru tahu siapa yang ajar @erniezakri nyanyi. Nak part 2 ke? #BeribuTandaTanya
@syamel_official Replying to @YochiiPeachyy Oleh kerana demand terlalu banyak. Pak Zakri dah ada stage name. Zack ✌🏻 #BeribuTandaTanya
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya suara papa Ernie nyanyi. Dengar pula tengah hujan, rasa sayu terus confirm banjir hati, banjir mata.. “
” Lagu ni terlalu sayu dan syahdu and beautiful. Teringat arwah ayah. Beratnya rasa rindu. Dah banjiirrrrr dah air mata.. “
” Bapak ye nyanyi pun sedap.. Patut anak ye nyanyi power… Lagu ni ada auranya ada hidup nya rasa jiwa lagu ni… Percaya lagu ni pasti meletup.. “
” Adoi awat lagu ni meruntun sgt… Tak pasai2 dok meleleyh dalam MRT. Oghang nk p kijo ni weyh.. Lagu apakah sedih sgt.. “
” Terasa mcm kembali ke tahun 1990-an.. Rindunye zaman tu.. Tak cukup dgn Syamel & Ernie… Pakcik pun nak koyakkan sy.. “
” Allahu padu Ayah Ernie nyanyi.. Patutlh Ernie brbkt rupanya ada guru vokal yg sgt brbkt disblik nya.. Merdu betul suara.. “
” Aduhh vibes dia lain macam punya pedih.. Orang lama nyanyi mmg menusuk kalbu, teknik vokal simple, jiwa tu sampai. Rindu kat ibu ayah.. “
Merdu sungguh suara papa Ernie. Bak komen warganet, alunan suara papa Ernie membuatkan mereka berasa nyanyiannya benar-benar menusuk di kalbu. Maka, tidak hairanlah bakat Ernie dalam bidang seni suara sebenarnya diwarisi daripada bapanya. Sekadar info, papa Ernie merupakan pemain drum bagi Kumpulan Kilat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syamel_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam kuda lah suara awak.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen

