Artis / Selebriti
” He has grown and dah banyak kali untuk cuba selamatkan rumah tangga dia. Good answer Farid.. ” – Komen Netizen
Video respon Farid Kamil mengenai kenyataan bekas isterinya, Diana Danielle kehilangan kawan rapat sewaktu berkahwin. Lain daripada yang lain jawapan Farid bagi, sedih pula dengar lagu yang Farid menyanyi tu..
Umum mengetahui pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle kini tidak lagi bergelar pasangan suami isteri. Pasangan ini sah bercerai pada bulan Mac yang lalu dengan talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Perpisahan pasangan ini membuat para peminat mereka turut bersedih kerana sebelum ini Farid dan Diana dilihat sebagai pasangan selebriti yang sangat serasi. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik media.sensasi, telah dikongsikan video temuramah bersama Farid.
Menerusi video itu, Farid ada ditanya oleh wartawan mengenai kenyataan bekas isterinya yang mengatakan kehilangan Farid bukan sahaja sebagai seorang suami, malah sahabat baik sepanjang perkahwinan mereka. Farid menjawab soalan itu pada awalnya dengan menyanyikan sebuah lagu.

Lagu itu seolah-olah memberikan bayangan Farid sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya sebelum ini. Selain itu, Farid juga berkata dia sudah hampir 1 tahun tidak berkomunikasi dengan Diana. Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai.
Tonton video di bawah ini :
@media.sensasi Respon @Farid Kamil terhadap hantaran Diana Danielle #mediasensasi #faridkamil #dianadanielle #dudaterhangat #munajjim #filem #filemmelayu #tgv #tgvklcc #media #filemmunajjim #pc #sensasi #budaksetan #lagendabudaksetan
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet selepas menonton perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” He has grown and dah banyak kali untuk cuba selamatkan rumah tangga dia. Good answer Farid.. Kita doakan semoga Farid dan Diana bertemu jodoh yang baik.. “
” Dekatkan diri dengan Allah. Teguhkan iman… Sentiasa merendah diri, berubah ke arah jln yg diredhai Allah… Jaga anak elok2… “
” Alhamdulillah nampak Farid dah boleh move on tak macam awal2 dulu.. Teruskan kejayaan n masa dpn Farid.. Semoga segalanya dipermudahkan.. “
” Dia mcm dah malas nak fikir apa², cuma sekarang nak fokus besarkan anak2 je.. Semoga kehidupan Farid selepas ini akan bertambah baik.. “
” Dah wartawan tnya dia jwb je. Dia pun dh move on.. Doakan yg baik2 je utk dorang berdua.. Bertemu jodoh yang baik2 selepas ini.. “
” D cakap as bestfriend not husband, ada beza kot. Naperrr netizen tak faham.. Ada pasangan mmg layak & lebih baik jadi kawan saja, takleh jadi as pasangan.. “
” Matang jawapan Farid.. Walaupun saya masih harapkan kalian akan berjodoh kembali.. Semoga yang baik2 sahaja buat Farid dan Diana.. “
Ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Farid dan Farid sudah pun berdamai dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah buat dirinya. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Farid serta Diana. Semoga segala urusan mereka membesarkan anak-anak dipermudahkan. Untuk sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok media.sensasi, IG faridkamilz, dianadanielleb
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti5 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


