Artis / Selebriti
” Buat anak pandai, sampai anak pun tak reti nak ambil.. ” – Lana Nodin
Video Sharifah Shahirah terkejut terima panggilan Lana Nodin ketika sedang On-Air. Suami lupa ambil anak, Dey Dey di sekolah. Nasib ada kawan yang baik..
Meninjau ke akaun Instagram Sinar, situasi yang tidak disangka berlaku kepada pelakon dan penyampai radio iaitu Sharifah Shahirah telah meraih perhatian ramai. Shiera menerima satu panggilan mengejut daripada rakan artis, Lana Nodin, semasa sedang bersiaran secara langsung di konti Radio Sinar.
Dalam panggilan tersebut, Lana memaklumkan yang dia telah mengambil anak perempuan Shiera yang dikenali sebagai Dey Dey, masih berada di sekolah selepas tamat waktu persekolahan. Difahamkan, suami Shiera secara tidak sengaja terlupa untuk menjemput anak mereka pada hari tersebut.
Lana yang kebetulan mengambil anaknya dari sekolah akhirnya membantu dan menghantar Dey Dey pulang dengan selamat ke rumah. Lana sempat lagi mengusik Shiera dan dalam masa yang sama Shiera juga mengusik Lana. Memang kelakar kalau mereka berdua ni bersembang.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen yang memuji sikap Lana yang ringan tulang dan bersedia membantu rakan-rakan. Inilah dikatakan sahabat sejati.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Riuh kalau mereka berdua bersembang. macam ni la baru kawan saling membantu. terbaiklah lana.. “
” Sejak jadi nenek n atok ni lupa msh ada anak bersekolah .. Baiknye bagus la diorang ni.. diorg ne duduk dekat2 ja.. hi ex bos.. “
” Tertinggal ank ke.. Sejak jadi nenek n atok ni lupa msh ada anak bersekolah .. Baiknye bagus la diorang ni.. berapa lah lana claim traveling cost tu.. “
” Cantik betul Lana ni .. hahaha terlupa ambik anak ke. Dahla makacik tu asik berminyak angin je hahaha. Stress tgk..habis pipi.. “
” Lana piat telinga dia.. i respect you la babe, super mom and wife.. ya dia lupa dia ada anak kot.. busy dengan cucu.. bagus dorg ni.. “
” Faktor usia tu lupa.. Nak tahu lana & kak rara hantar tuition apa? International school students yg prepare for Primary Checkpoint Exams, visit us for free trials .. “
” The real mak2 asia berleter BTW ada working adult yg nk belajar basic Mandarin on9. Kelas 2 jam fees 0 (ditaja), dapat e-Sijil.. “
Nasib baik Shiera mempunyai kawan yang prihatin seperti Lana. Kadangkala kesibukan kerja membuatkan seseorang itu terlupa walaupun ia merupakan rutin harian. Rasanya selepas ini, pasti Shiera atau pun suami akan sentiasa beringat untuk mengambil anak pulang dari sekolah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti1 day ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


