Connect with us

Artis / Selebriti

” 2nd time dah tak ikhlas muka Ijoy kat situ. Sakit perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Sharifah Shahirah dan suaminya, Ijoy bermain games Sebut Nama Perempuan Challenge buat ramai terhibur. Awal-awal Ijoy dah kantoi. Nasib baik Deydey jadi penyelamat, haha..

Meninjau di akaun Instagram milik radio Sinar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyampainya, Sharifah Shahirah bermain sebuah permainan bersama suaminya, Ijoy. Menerusi video tersebut, kelihatan Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera berada di dalam kereta bersama suaminya, Ijoy serta anak bongsu mereka, Deydey.

Permainan yang dimainkan oleh pasangan ini dikenali sebagai “Sebut Nama Perempuan Challenge”. Pada permulaan, Shiera memberikan arahan untuk menyebut nama perempuan yang mereka kenali, lalu dia sendiri memulakan dengan menyebut nama Siti. Selepas itu, giliran Ijoy pula untuk menyebut nama yang terlintas di fikirannya.

Namun begitu, suasana bertukar menjadi lebih mencuit hati apabila Ijoy secara spontan menyebut nama Alia. Dengan pantas, Deydey yang berada di belakang terus menekup mulut bapanya seolah-olah cuba ‘menyelamatkan’ keadaan daripada menjadi lebih tegang.

Mendengar nama tersebut, Shiera terus bertanya kepada Ijoy siapakah gerangan Alia yang dimaksudkan. Dalam masa yang sama, Deydey dilihat cuba meredakan situasi dengan meminta permainan itu dimulakan semula, malah sempat mengingatkan bapanya supaya hanya menyebut nama ibunya sahaja.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” 2nd time dah tak ikhlas muka Ijoy kat situ. Sakit perut aku ketawa, haha.. Hahaha bini punya pasal habis nama mak nama anak perempuan pon lupa ye.. “

” Hahahahahaha patutnya tukar sikit shiera, sharipah, shahira, pastu nama anak2 wakakaka baru lah selamat sikit.. “

” Mmg sampai kesudah kan kena sebut nama isteri je.. Jngan cuba cari pasal lah, mahu setahun dia ungkit kalau sebut nama orang lain.. “

” Abg ijoy okey ke tak tu…. Hahahahhaa Alia mana lah pula kau sebut.. Patut2 awal2 dah sebut nama Kak Shiera tau.. “

” Anak dia penyelamat, hahaha nasib baik… Kalau tak panjang lagi lah ceritanya.. Hahaha dua2 kelakar betul lah.. “

” Sebut nama perempuan yg kite tahu kotttt hahah.. Bukan sebut perempuan nama yg kite tahu. Hahahahahaha.. “

” Ulang2 kali fokus kat deydey bisik2 “Cakap Sharifah Shahirah… Lagi sekali yeaahhhh.. Kalau tak tutup mulut mau ramai tu nama yg dia tahu.. “

Pada akhirnya, Ijoy akur dan hanya menyebut nama Shiera walaupun isterinya itu menyebut pelbagai nama perempuan yang lain. Gelagat spontan dan reaksi jujur mereka sekeluarga mencuit hati hingga membuatkan ramai penonton terhibur dengan perkongsian video tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG sinar_my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak