Connect with us

Artis / Selebriti

” Hari ni 9 Ogos 2023 genap 2 tahun pemergian Siti Sarah Bt Raissuddin.. ” – Shuib Sepahtu

Muatnaik Video Kenangan Bersama Arwah Siti Sarah Raissuddin Ketika Mengerjakan Umrah, Perkongsian Shuib Buat Ramai Sebak. Lagi Tersentuh Baca Komen Daripada Watie. Semoga Tenang Di Sana Sarah. Rindu Yang Tiada Penghujungnya !!

9 Ogos 2021 pastinya tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Shuib Sepahtu apabila isteri tercinta kembali ke rahmatullah. Detik waktu terasa lambat berjalan dan ketika itu tidak hanya Shuib, malah semua peminat Sarah merasai pemergiannya itu.

Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar-gambar throwback kenangan ketika Shuib mengerjakan ibadah umrah bersama Siti Sarah. Betapa bahagia dan gembiranya  mereka berada di tanah suci dapat dilihat dalam video ini.

Kapsyen Shuib juga membuatkan ramai yang terharu membacanya. Kata Shuib, hari ini genap 2 tahun pemergian Siti Sarah. Dalamnya kasih dan cinta Shuib pada Sarah hanya Allah yang mengetahui. Selama mana pun, rindu dan sayang itu akan sentiasa mekar di hati, itu yang dicoretkan oleh Shuib.

Impian Shuib masih sama, agar mereka sekeluarga akan bertemu di syurga nanti. Shuib turut memohon agar semua sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk bidadari syurganya ini. Masih terbayang bagaimana pilunya Shuib ketika mengiringi Sarah ke rumah abadinya 2 tahun lalu.

Jom tonton video di bawah :

Baru sahaja dikongsikan, perkongsian oleh Shuib ini telah pun meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Watie beautiful heart.. jga lah harta peninggalan arwah sebaik yg mungkin kerana harta2 yg dia tinggalkan itu adalah syurga buat arw4h.. especially yg masih kecik kerana harta arw4h yg ni tak sempat melihat insan yg melahirkan nya kedunia.. ”

” Alfatihah ya ahli syurga.. im so adore at how abang shuib loving his wife arwah siti sarah and how matured kak watie to faces all of this aturan Allah mmg indah kan ? apapun al fatihah bidadari syurga Allah.. ”

” I remember that day. Gloomy betul that one week. Terasa betul pemergian arw4h SS walaupun tak mengenali secara dekat. Semoga dikurniakan syurga tertinggi buat arw4h Siti Sarah.. ”

” Semoga roh arw4h ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan ditempatkan dikalangan para-para alim ulama, Allahumma Amin.. ”

” Sederhana.. arw4h suka brgurau tp terbatas dan cantik jer cra dia.. ikhlasnya terpancar.. tak tahu kenapa menang1s baca kapsyen Shuib ni.. tengok video lagi la laju airmata.. ”

” Alfatihah Syurga buat Allahyarhamah Siti Sarah.. auto meleleh lg airmata. mmg xtau la, law pasal arw4h ni auto sebak.. ”

” Sekejapnya masa berlalu, masa terasa betapa pilunya hari sarah pergi tu. Airmata tak henti mengalir, tengok Shuib dengan anak-anak masa tu.. ”

Watie Hanifiah juga turut men1nggalkan komennya di posting Shuib ini dan membuatkan warganet terharu. Tulus dan ikhlasnya Watie menerima Shuib dan anak-anak seadanya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu Shuib yang memikul, namun Allah sebaik-baik Pengatur. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah hadirkan Watie sebagai tempat untuk anak-anak menumpang kasih. Semoga arwah Siti Sarah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT