Connect with us

Artis / Selebriti

” Gambar 1st tu tak pernah pun Faz tunjuk. Comelnya Fatima fresh from oven.. ” – Netizen

Fazura Kongsi Koleksi Gambar Anaknya, Nur Fatima Aisya Dari Lahir Sehingga Kini Sempena Ulangtahun Kelahiran Fatima Yang Ke 3 Tahun. Alahai Cepat Masa Berlalu, Dah Big Girl Fatima. Gambar Masa Baby Tu Cute Betul, Berketul-Ketul Nyanma !!

Terasa seperti baru sahaja dikhabarkan dengan berita Fazura selamat melahirkan bayi perempuan. Pejam celik, pejam celik, si kecil yang diberi nama Nur Fatima Aisya kini genap 3 tahun usianya hari ini pada tanggal 2 Oktober. Banyak memori indah yang telah dicipta oleh Fazura dan Fattah Amin sejak adanya Fatima.

Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan satu video yang disunting dengan koleksi gambar Fatima dari lahir sehingga lah sekarang. Tentunya warganet masih ingat Fatima yang dulu dinanti-nantikan untuk melihat wajahnya. Hari-hari juga lah warganet menunggu posting Fazura dengan harapan wajah Fatima akan ditunjukkan.

Fatima membesar dengan sihat dan dapat dilihat badannya yang bambam. Semakin bijak dan petah bercakap hari demi hari, gelagat Fatima sekarang membuatkan warganet geram melihatnya. Fazura turut mencoretkan ucapan istimewanya buat Fatima.

Walau apa jua yang terjadi apabila Fatima besar nanti, mummy akan sentiasa ada untuk Fatima meluahkan segala rasa, itu antara yang ditulis Fazura. Harapan Fazura agar Fatima menjadi anak yang solehah dan sentiasa berbakti kepada semua orang.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Jarang nmpk fatima dkt ig fazura, yet, shes soo cute.. your mommy is very protective.. happy birthday little one.. ”

” Yaumul milad anak cantik nan baik soleha Fatima semoga menjadi anak yg soleha berbakti pada orang tua, jadi orang yg paling berjaya dan sukses bhgia dunia Tilljannah Aamiin ya Allah ya Rabb.. ”

” Ingatkan k.faz ade baby baru lagi tp hairan asal mcm Fatima HAHHAHAHA.Happy birthday Fatima semoga jadi anak yang solehah untuk mummy and daddy.. ”

” Happy 3rd birthday Nur Fatima Aisya. Moga membesar dgn baik, sihat, berjaya dunia akhirat, menjadi anak yg solehah kpd kedua ibu bapa mu, taat akn perintah Allah swt. Sentiasa dlm lindungan yg Maha Esa… Aamiin Ya Rabb.. ”

” Bdk comel ni dh 3 tahun..? Cptnya msa blalu…. Rsa cm br je mommy nyamma buat official reveal wajah nyamma for the first time.. cm br je lg tgk nyamma pkai bj fendi warna pink tu.. rupanya dh bsr duta kecik klcc ni.. ”

” Happy birthday Fatima! Semoga membesar menjadi anak yang solehah, pintar, dan menyejukkan hati ibu dan ayah. Semoga Allah merahmati hidup Fatima sekeluarga.. ”

” Selamat Hari Lahir Nur Fatima Aisya.. Nyamma yang cantik.. semoga menjadi anak yang solehah, menjadi kebangaan mommy dan daddy Nyamma ye.. aamiin.. ”

” Gambar 1st tu tak pernah pun Faz tunjuk, comelnya Fatima fresh from oven hehe.. besar makin cerdik dan cantik, penyayang dan baik hati macam mummy.. ”

Fatima adalah kesayangan ramai yang selalu membuatkan semua orang tersenyum melihat telatahnya itu. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 3 tahun Nur Fatima Aisya. Semoga menjadi anak yang solehah selalu dan insan yang baik budi pekertinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT