Connect with us

Artis / Selebriti

” Tengah makan pun suara tak boleh blah, lenggok dia perhh.. ” – Netizen

Video Gelagat Adik Amir The Choosen One Di Belakang Tabir Raih Perhatian Ramai. Memang Suka Menyanyi Adik Amir Ni, Buat Apa Pun Tetap Menyanyi. Suara Pun Maintain Sedap !!

Meninjau ke satu akaun TikT0k, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat adik Amir di belakang tabir telah meraih perhatian ramai. Jika ada yang masih belum mengenali, adik Amir merupakan salah seorang peserta The Choosen One yang bersiaran di Astro Ceria.

Adik Amir merupakan anak orang asli dan bakatnya nyanyiannya di bangku sekolah telah membawanya sehingga ke peringkat ini. Adik Amir semakin dikenali ramai dengan suaranya yang merdu dan menyentuh hati. Rupa-rupanya adik Amir sememangnya gemar menyanyi.

Ini dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan. Sambil makan pun adik Amir boleh lagi menyanyi. Bukan itu sahaja, adik Amir juga tetap menyanyi walaupun hanya sekadar duduk bersama kawan-kawan. Wah memang bakat Amir ini tidak boleh disangkalkan lagi.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Adik Amir boleh menghafal pelbagai lagu yang viral pada masa kini. Video ini dikongsikan bagi menjawab pertanyaan seorang netizen.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu sebentar jika video di bawah lambat keluar.. )

@cik_luvox

Membalas kepada @dianaashul…2020 tukar mood happy jap.. jom tengok gelagat adik amir dan kawan2🥰 cikgu pernah cakap,adik amir ni..suka menyanyi,mana2 pun mesti menyanyi… cikgu masukkan amir dlm prtandingan supaya amir lebih percaya diri bila brhadapan dgn orang ramai🥰 dik,kau boleh hafal lirik lagu viral..hakak yg tua ni pon xlepas2 lagi hafal.. kredit to boy anaz and team termoj… Follow ramai2 gais @boyanaz69 dan @termoj.production6 #thechosenone #trending #trend #18sukukaumorangasli #tiktokmalaysia #TeamAmir #termojproduction #astroceria #fansamirsisi #fypシ

♬ Dj Sembiilu Berbiisa – DJ BAHBUS

Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kejayaan buat adik Amir. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Terang hati…mudah ja ingat…baik mengaji, nyanyi, bersukan..moga jd anak cemerlang dunia akhirat.. “

” Tggu la nt dia bwk lgu fav dia lemak2 manis tu mau terbuai2 kita.. tgh makan pun sore TK leh blahhhh.. lenggok dia perh.. terbaik adik suara merdunya.. “

” Comel amir..mkn tetap mkn.. adik amir suara nyer m.mg best ssgt lh.. Lenggok suara amir paduuu.. meremang bulu roma bila dgr suara adik amir.. “

” Suara amir tiada tandingan.. semuga di permudahkan segala urusan.. semoga adik Amir berjaya dunia n akhirat.. adik Amir dg putera Muhammad nampak serasi seronok tgok diaorang.. “

” Semoga adik amir juara chosen one aminnnn2 yallah .. mintk amir nyanyi lagu dangdut lagu datuk md kilau plezzz.. “

” Tgk rancangan ni sbb nk tgk adik amir je smga kjayaan milik adik amir dunia akhirat dh brjy jgn lupa diri trs humble & org yg bnyk mbntu kejyaan adik.. “

” Semoga adik amir mnjdi juara..aamiin..tapi klo tk juara Pon xpe, sbb Juara di hati kami smua.. Semoga ade rezeki utk adik Amir..acik doa dari jauh.. “

Wah, adik Amir sememangnya seorang yang hebat. Semoga kejayaan milik adik Amir. Jika Amir tidak berjaya menjadi juara sekali pun, adik Amir sudah berjaya menjadi juara dalam menambat hati rakyat Malaysia dengan suara Amir yang menusuk kalbu.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok cik_luvox

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT