Connect with us

Artis / Selebriti

” And finally its your day sayang. Jangan c0pet kek, mummy dah tau hehe.. ” – Netizen

Video Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Yang Begitu Teruja Ketika Mendapat Wish Birthday Daripada Mummy Dan Daddynya. Wah Pandai Fatima Berlakon, Kek Mainan Pun Boleh Lah. Siap Tiup Lilin Lagi. Mulut Fatima Tu Petah Betul !!

Hari yang dinanti-nantikan oleh Nur Fatima Aisya akhirnya menjelma. Hari ini merupakan hari lahir Fatima dan genap lah usia Fatima 3 tahun. Beberapa hari yang lalu adalah hari lahir Fazura dan Fattah Amin, dan sekarang tiba giliran Fatima pula untuk diraikan.

Meninjau akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima ketika menerima wish daripada mummy dan daddynya. Fazura dan Fattah menunggu tepat jam 12 tengah malam untuk menjadi orang pertama wish birthday Fatima pada tahun ini.

Seronok sungguh Fatima apabila mummy dan daddy menyanyikan lagu happy birthday untuknya. Dengan kek mainan acah-acah kek birthday, Fazura menyuruh Fatima meniup lilin yang ada di atas kek mainan tersebut. Fatima turut pandai berlakon, reaksi mukanya macam kek betul dibuatnya.

Kepetahan mulut Fatima juga menarik perhatian ramai. Ketika Fazura bertanyakan kepada Fatima berapakah usia Fatima sekarang, laju sahaja Fatima menjawab ‘ 3 years old ‘. Alahai Fatima, baru masuk 3 tahun tetapi seperti budak 5 tahun sangat Fatima ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Happy birthday sayang.. Alhamdulillah anak solehah ni.. Fatima kesayangan ramai ni cerdik betul.. suka tengok Fatima.. ”

”Happy birthday kesayangan wawa nic..moga terus di berikan kesihatan paling tinggi..dan di kurniakan dgn segala kebaikan dunia akhirat! sayang nyammmaaa.. ”

” Happy birthday nyamma sayang, lepas ni dah boleh pergi school kan.. Baru 3 years old tapi petah bercakap like 5 years old already.. ”

” Setelah pinjam dua birthday, birthday daddy and birthday mommy, finally hari ni betul2 birthday Fatima. Aunty nak aamiinkan doa2 mommy untuk Fatima.. ”

” Happy Birthday kesayangan Boo..cepat masa berlalu..nyamma dah 3 tahun dah .. boo sentiasa doakan nyamma jadi anak solehah, anak pintar mummy & daddy.. boo syg nyamma sangat2.. ”

” Happy Birthdayyyyy Fatima sayanggg.. teruslah menari dan bermain sepuasnya kerana waktu kecil ini terlalu singkat untuk dinikmati.. Auntie doakan Fatima sentiasa diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yg solehah dan sentiasa disenangi semua orang… Auntie hana loves you.. ”

” And finally its your day sayang.. jgn copet kek mummy dh tau hehe.. happiest birthday to u dearest Fatima .. moga menjadi kebanggaan mummy daddy dan membesar menjadi anak yg solehah.. ”

Ini baru wish mummy daddy, belum lagi birthday party Fatima. Tentu lagi berganda kegembiraan Fatima jika majlisnya diadakan. Apa-apa pun, semoga semua impian mummy untuk Fatima dimakbulkan Allah dan Fatima menjadi insan yang baik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT