Artis / Selebriti
” Sedih baca luahan Ustaz. Doa daripada Ustaz Amirul buat saya menangis.. ” – Netizen

Perkongsian Terbaru Cikgu Amir The Chosen One, Ustaz Amirul Fikri Buat Ramai Yang Sebak. Bak Kata Ustaz, Takdir Telah Menentukan Segalanya. Ustaz Terpaksa Lepaskan Amir. Alahai Sedihnya !!
Di sebalik kehebatan anak rimba, Amir yang semakin viral kerana kelunakan suaranya, berdirinya seorang guru yang banyak membentuk vokal Amir. Ustaz Amirul Fikri adalah tulang belakang dan guru Amir yang mencungkil bakat Amir dan menyedari keistimewaan yang ada pada suara anak muridnya ini.
Sebelum Amir menyertai The Chosen One, Amir merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid sekolah yang dikenali dengan nama Origin Voice. Dek kerana kekangan masa dan komitmen Amir sekarang, Amir tidak dapat bersama kumpulan nasyid tersebut.
Meninjau akaun Tiktok Ustaz Amirul Fikri, telah dikongsikan satu video throwback bersama Amir yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini. Kenangan Ustaz Amirul melatih Amir ketika PKP berkuatkuasa, usahanya mengambil dan menghantar Amir untuk berlatih walaupun perlu melalui perjalanan yang berliku dipuji.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah ucapan yang dicoret oleh Ustaz Amirul untuk Amir. Sayu dan penuh bermakna untuk anak didik yang disayangi. Ustaz Amirul juga turut berkongsikan video throwback nyanyian Amir ketika memenangi Naib Johan Nyanyian Solo Kerohanian KAFOA Kebangsaan 2021.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@abumulhim91 Video terakhir kenangan bersama #amirsisi yg ust belum kongsi.. ketika ini seluruh negara diarahkan perintah berkurung.. Setiap hari ust ambil dan hantar amir utk latihan kebangsaan kafoa 2021 ..latih dirumah..selesai latih hantar ke air rengat semula.. Penerimaaan Amir pada ketika itu, hanya setakat itu..sy sudah menjangka dia belum menjadi johan pd tahun tersebut.. bila tahun berikutnya, ust tambah lagi apa yg kurang dan alhamdulillah johan 2022.. lain pula cerita tahun ini, tahun yg ust tunggu2 utk menjadi johan kedua-dua pertandingan Mqss dan kafoa.. namun, takdir telah menentukan segalanya.. Bila amir di ambil pd hari pertama latihan pusat kebangsaan, ust lepaskan sahaja.. sbb ust sudah jangka perkara ini akn berlaku.. apa jua alasan yg ust dgr, ust tahu apa sebab utama.. ust nk ucapkan terima kasih pd amir kerana sudi menyanyikan lagu yg ust buat khas utk amir pd tahun ini..sehingga mnjdi johan kafoa negeri Perak.. walau pn amir tidak bersama #originvoice lagi, ust tak akan biarkan kwn2 yg lain terkapai2.. Ust akan terus usaha sekalipun terpaksa berkerja 2x ganda memenuhi kekosongan yg amir tgglkan.. Gunakan kemahiran dan ilmu yg telah ust kongsi utk kebaikan.. Jaga diri, jaga akhlak.. Semoga berjaya dunia akhirat.. #skrpskemar #fypシ゚viral🖤tiktok
Perkongsian oleh Ustaz Amirul sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Doa dari Ustaz Amirul buat saya nang1s. Sayang betul ustaz dekat Amir ye. Semoga Allah murahkan rezeki dan berikan ustaz kesihatan yang baik. Aamin.. ”
” Caption ustaz menceritakan segalanya.. walaupun tak semua diceritakan tapi kita faham.. moga Allah permudahkan segala urusan ustaz mendidik penggnti.. ”
” Touching dgn nasihat yang dititipkan buat Amir…. semoga Allah merahmati ustaz disepanjang usia… Aamiin.. ”
” Sedih baca luahan ustaz.. tima kasih usatz telah mendidik amir hingga ke tahap skrg.. inshaallah.. amir xkan lupa jasa ustaz.. tahniah ustaz.. ”
” Sedihnyaaa baca.. wlu apa2 yg telah berlaku kak ely tahu mirul dh buat kami semua bangga dgn pencapaian ini . tahniah mirul.. ”
” Sedih la baca ayat ustaz Amirul ni.. smg Allah membalas segala jasa ustaz permudahkan rezeki, urusan serta diberi kesihatan yg baik buat ustaz.. ”
” Sedih baca coretan ustaz ni. Adik Amir selalu doakan guru-guru ya.. pengorbanan yang sangat besar moga Allah rahmati guru-guru semua. Lagu pun deep.. ”
Besarnya jasa dan pengorbanan seorang guru yang bernama Ustaz Amirul. Pastinya Amir akan mengingati jasa Ustaz sepanjang hayatnya. Kerana seorang guru yang hebat seperti Ustaz Amirul lah lahirnya Amir yang hebat dan disayangi ramai hari ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ustaz Amirul dan team Origin Voice.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ustaz Amirul Fikri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen