Artis / Selebriti
” Seakan suara Amir, terbaiklah cikgu-cikgu.. ” – Netizen
Ustaz Amirul Fikri Kongsi Video Mencari Pengganti Adik Amir Raih Perhatian Ramai. Wah Adik Ni Pun Suara Padu Macam Adik Amir Juga Lah. Terbaik Usaha Cikgu-Cikgu !!
Meninjau ke akaun TikTok Ustaz Amirul Fikri, perkongsian sebuah video yang memaparkan cikgu-cikgu melatih anak-anak murid bernasyid telah meraih perhatian ramai. Sebelum ini, adik Amir merupakan penyanyi nasyid sekolah dan kini mereka perlu mencari pengganti.
Untuk makluman, Ustaz Amirul Fikri merupakan ustaz di sekolah adik Amir yang mula mencungkil bakat adik Amir. Ustaz Amirul banyak membimbing adik Amir sehinggalah kini adik Amir berjaya menjadi juara dalam program realiti The Chosen One.
Apa yang menarik di dalam video yang dikongsikan ini, suara salah seorang murid ini sangat seiras dengan suara adik Amir. Wah, nampaknya anak-anak murid di sekolah adik Amir ini ramai yang berbakat seperti adik Amir. All the best buat adik-adik ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pengorbanan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah ini sangat berbaloi apabila anak-anak murid yang dididik memperolehi kejayaan.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar )
@abumulhim91 Disaat hampir lemas, Allah hadirkan org2 baik menghulurkan tangan menarik dan lonjakkan kita kembali berada di persada.. Kenangan dikongsi bagi menghargai memori tercipta.. selagimana ada sejarahnya, akan terpahat di jiwa.. #originvoice #skrpskemar #naibjohan #Kafoakebangsaan2023 #fypシ゚viral🖤tiktok #fyp #viraltiktok #gerikperak #dakwah
Di ruangan komen, ramai yang memuji guru-guru ini yang tidak putus asa mendidik anak-anak muridnya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Seakan suara amir thniah ustaz amirul.ustaz kamal. terbaik.. terbaik la cikgu cikgu…. semoga terus berjaya dan terus berjaya… dan berjaya.. “
” Tahniah ckg n team.. good luck utk team nasyid.. seronok tengok.. mcm di melaka bila sampai ke peringkat kebangsaan latihan memg kena kaw².. “
” Teringin nk dgr ank2 ni cover lagu buatmu ibu dri kumpulan aeman.. Ramai cikgu2 yang boleh melatih. alhamdulillah. moga byk kejayaan boleh di capai.. “
” Moga adik² ni berjaya dunia akhirat,macam Amir unuk dengan didikan tujuk ajar ustaz² dan cikgu.. mereka pun bagus juga suara boleh pergi jauh juga di bawa bimbingan cikgu -cikgu.. “
” InshaAllah dengan didikan dan latihan yang bersungguh sungguh tanpa jemu akan membuahkan hasil.. Boleh perkenalkan anak2 yg dilatih ni ? “
” Amir dia nk masuk f1 nt. mmg elok cari pelapis awal2. amir dia skarang artis. moga amir dpt berbakti pd ibu bapa dia.. “
“Alhamdulillah teruskan usaha ustaz dlm mewujudkn lbh ramai pengganti amir..semoga dpermudahkn urusan ustaz.. aamin.. “
Memang terbaik usaha guru-guru di sekolah adik Amir ini dalam mencungkil bakat anak-anak murid mereka. Semestinya pihak sekolah perlu mencari pengganti Amir kerana Amir juga tidak lama lagi akan melangkah ke alam persekolahan menengah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ustaz AMirul Fikri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



