Connect with us

Artis / Selebriti

” Lemak manis suara Ustaz. Versi Amir sedap, versi Ustaz pun merdu.. ” – Netizen

Video Throwback Nyanyian Ustaz Amirul Fikri Yang Melatih Amir Sisi Buat Ramai Kagum. Merdunya Suara Ustaz Amirul. Menyanyi Pulak Lagu Yang Amir Menang Naib Juara Masa Bertanding Solo Peringkat Kebangsaan Dulu. Lenggok Tu Yang Mahal !!

Semua tahu di sebalik kejayaan Amir dalam The Chosen One, ada seseorang yang menjadi asbab bakat Amir dicungkil dan digilap. Beliau tak lain tak bukan adalah Ustaz Amirul Fikri, salah seorang Ustaz di sekolah Amir. Sebelum ini juga, Ustaz Amirul banyak berkongsikan video awal-awal ketika Amir dilatih.

Meninjau akaun Tiktok Ustaz Amirul Fikri, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Ustaz Amirul mendendangkan lagu Munajat. Kata Ustaz Amirul, video ini dirakam pada tahun 2021 yang mana Ustaz Amirul sedang berusaha untuk melatih peserta KAFOA sekolah.

Klik gambar untuk info..

Ini salah satu pendekatan yang Ustaz Amirul gunakan iaitu menunjukkan cara menyanyi dengan penuh penghayatan kepada murid-murid. Lagu ini juga lah yang Amir nyanyikan ketika bertanding ketika pertandingan E-Nyanyian Solo Kerohanian KAFOA kebangsaan 2021 dan mendapat naib juara.

Mendengar akan suara Ustaz Amirul, ramai yang memuji kelunakan suaranya. Lenggok suara Ustaz Amirul itu tersendiri mendamaikan sesiapa yang mendengar suaranya itu. Patut lah Amir dapat menguasai qasidah dengan baik, tengok sahaja pengajarnya yang hebat ini.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ):

@abumulhim91

Lagu munajat nyanyian asal oleh Daqmie.. rakaman ini pada tahun 2021.. sy merakam nyanyian ini bagi menunjuk cara penghayatan dalam persembahan kepada peserta KAFOA sekolah sy pada tahun tersebut.. pelbagai kaedah sy lakukan sebagai usaha utk memastikan murid sy dpt menyampaikan persembahan dengan baik.. #originvoice #skrpskemar #fypシ゚viral🖤tiktok

♬ original sound – Ustaz Amirul Fikri – Ustaz Amirul Fikri

@abumulhim91

Warm up bersama abg @Mohd Hafizul Amin .. Bekas Vokalis Sautul Faizin + Sofwatunnur.. #originvoice #fypシ゚viral🖤tiktok

♬ original sound – Ustaz Amirul Fikri – Ustaz Amirul Fikri

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sebab tu anak didik ustaz suara sedap dengan guru nya bersuara sedap tahniah ustaz terbaiikk.. tak puas dengar suara ustaz ni.. ”

” MasyaAllah.. kurniaan Allah, patut la suara anak-anak didik ustaz sedap.. lenggok suara ustaz best dengar.. tahniah ustaz.. ”

” Mantap ustaz… pelajar mudah dapat. nak bagi pelajar faham. kita kena buat dulu.. Lagu Amir nyanyi ni kan.. versi Amir sedap, versi Ustaz pun merdu.. patut lah anak muridnya hebat.. ustaznya pun hebat.. ”

” Lemak Manis suara ustaz. kecemerlangan murid dari seorang guru yg mendidiknya.. teruskan usaha ustaz agar ank oa terus maju di bwh pimpinan ustaz.. ”

” Wow hebat la Ustaz.. sedap suara ustaz amirul ni.. merdu sangat nanti boleh berduet dengan adik Amir lagu ni ye.. ”

Klik gambar untuk info..

” Mantap suara ustaz, patutlah Amir ikut jejak ustaz. Terpaling sangat, sebab acuannya terbaik. Sedap suara ustaz, patutu lah suara Amir pun sedap.. lenggok tu yang mahal.. ”

” Merdunya suara ustaz, mantap. patutlh amir pun jd hebat.. sedap lenggok dan suara ustaz. patutlah anak2 murid pun ikut lenggok gurunya.. ”

Tidak hairan lah Amir ada lenggok suara yang merdu, lihat sahaja ustaz Amirul yang melatihnya memang power. Tak puas mendengar suara merdu Ustaz Amirul ini. Kalau dapat Ustaz Amirul berduet dengan Amir lagu ini tentu lagi gempak jadinya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ustaz Amirul Fikri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT