Artis / Selebriti
” Wah sedapnya suara Hairi Sisi, macam suara Amir. Lunak merdu.. ” – Netizen

Perkongsian Guru Amir Sisi, Ustaz Amirul Fikri Persembahan Khas Di Sekolah Barunya Cur1 Perhatian Warganet. Wah Adik Amir, Hairi Sisi Pula Jadi Anak Didik Ustaz Amirul Lah. Suara Sedap Macam Amir Jugak !!
Ustaz Amirul Fikri pernah menjadi sebutan ramai kerana berkat usahanya mendidik Amir Sisi, bintang kecil itu menjadi fenomena dan kesukaan ramai. Sebelum ini, Ustaz Amirul mengajar di sekolah Amir iaitu SK Kemar, namun kini Ustaz Amirul sudah pun bertukar ke sekolah baru, Sk Basia Lama.
Pada perkongsian terdahulu, Ustaz Amirul ada berkongsikan suasana di hadapan sekolah. Rupa-rupanya sekolah baru Ustaz Amirul ini adalah kampung asalnya dan apa yang lebih menarik, rumah ibu bapa Ustaz Amirul betul-betul di hadapan sekolah.
Meninjau akaun Tiktok Ustaz Amirul Fikri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan khas ketika Majlis Penutup Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKBL. 2 orang pelajar kelihatan menyampaikan lagu Tiara di atas pentas iaitu adik kepada Amir, Hairi Sisi dan anak Ustaz Amirul, Mulhim.
Suara Hairi tak ubah seperti suara Amir. Alahai macam tengok Amir pula yang sedang menyanyi. Gaya Hairi juga serupa, matanya pasti akan melihat ke arah Ustaz Amirul. Copy and paste abang Amir sangat lah Hairi ni. Siapa tahu Hairi pun boleh berjaya mencipta nama seperti Amir juga selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@abumulhim91 Persembahan Majlis Penutup Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKBL.. #Hello2024 #fyyyyyhhhhhh #fypシ゚viral🖤tiktok #viraltiktok #fyp #gerikperak
Sehingga kini lebih, 2000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Ramai yang memuji suara Hairi dan Mulhim dan antara komen-komen warganet :
” Eh Hairi Sisi, adik Amir lah. Macam suara Amir, key pun sama. Kalau dengar tak tengok video memang pikir tu Amir.. ”
” Adik Hairi macam Adik Amir tengok cikgunya haha. gelagat lebih kurang je dua beradik tu.. sedap suara Hairi, suara anak ustaz pun merdu juga.. ”
” A’e ( hairi ) adik kepada Amir lah.. wah sedap suaranya, macam suara Amir. Terhangguk-hangguk kepala saya layan lagu hehe.. ”
” Si Hairi tu adik Amir kan. suara sedap, dapat pula ustaz yang bimbing. Dari abang dia, Amir dan sekarang adik dia pulak. Terbaik Ustaz.. ”
” Wahh dua-dua suara sedap ni.. Next Hairi Sisi dan Mulhim pula kasi letop. Suara Hairi sebijik suara Amir, lunak.. ”
” Eh A’e adik Amir lah.. Adik beradik suara sedap ni.. Anugerah betul lah. adik beradik berbakat.. ustaz Amirul pula yang didik, lagi best jadinya.. ”
” Suara Hairi, ada aura abangnya Amir lah. Sama-sama sedap ni, ustaz dah dapat pelapis baru.. adik beradik Allah bagi anugerah bakat dan suara yang lunak merdu.. selamat berjaya Ustaz.. ”
Cantik betul peraturan Allah, giliran adik Amir pula mendapat sentuhan dan bimbingan Ustaz Amirul. Suara sudah hampir sama, tinggal kena ‘polish’ bagi ‘berkilat’ seperti Amir. Semoga impian Ustaz Amirul tercapai dan dapat mencipta lebih ramai lagi anak didik yang berbakat besar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ustaz Amirul Fikri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar