Artis / Selebriti
” Fuhhh, slay kau dik. Kecil-kecil cili padi.. ” – Komen Netizen
Video persembahan anak Adira Suhaimi, Anggrek yang sangat lincah menari sambil menyanyi di konsert pertama TTMM musim 2 buat ramai kagum. Wah, gempak lah Anggrek berjoget. Penuh energi dan sangat confident..
Persembahan Anggrek, anak kepada penyanyi terkenal Adira Suhaimi di konsert pertama Talk to My Manager (TTMM) Musim 2 benar-benar mencuri perhatian ramai. Walaupun bergelar peserta paling muda, Anggrek membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk tampil yakin dan menyerlah di atas pentas.
Malam itu, Anggrek tampil penuh energi membawakan lagu daripada Nabila Razali. Dengan gaya yang lincah dan ekspresi ceria, setiap langkah tariannya tampak bersahaja namun penuh karisma. Penonton tidak dapat mengalihkan pandangan apabila Anggrek menguasai pentas dengan begitu natural.
Apa yang lebih mengagumkan, keberanian dan keseronokan yang dipamerkan jelas menunjukkan bakat semula jadi yang dimilikinya. Walaupun masih muda, Anggrek berjaya memberikan persembahan yang menghiburkan dan menghidupkan suasana, menjadikannya antara peserta paling menonjol malam itu.

Persembahan Anggrek turut menerima reaksi positif daripada juri yang kagum dengan keyakinannya di pentas Talk To My Manager Musim 2. Jika diasah dengan baik, tidak mustahil Anggrek mampu melangkah lebih jauh dan menjadi antara pelapis baharu dalam industri hiburan tanah air.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Comel nya travel kit adira.suhaimi . powerrrr! Bgitu bahhhh . MasyaaAllah Tabarakallah Alhamdulillah Kecik² Cili Padi!! Good Performance Anggrek!! “
” Wehhh mantap..dia antara peserta paling muda n mcm tersingkir awal..rupenye plg bertenaga..terbaik Anggerik.. untie support u.. “
” Like mother like daughter adira.suhaimi , Da 3 kali repeat lihat nih.. Kecil² cili api.. terbaik anggerik.. memang mantap..”
” Tengok lah mak dia siapa. Adira kot . dia lagi pndai mnari dri aku. Menyala la anggerik. Hope u win Anggerik. Superrb u dear.. “
” Beraninya anggerik..boleh ni..dh besar mesti nyanyi power mcm ami dia.. Fuhhhh slay kau dik. mau heran, tapi anak adiraSuhaimi.. “
” Tengok la mak dia sape. Kalah la nabila razali,pelapis dia cuteee. sebutan dia jelas. bakat ami lah anggrek ni.. slay wow.. “
” Kecik lg..byk achievement dh unlock ya..model cat walk la.. dance la.. nyanyi la. boleh pergi jauh anggrek.. go go anggrek.. “
Gelagatnya yang lincah bukan sahaja mencuit hati, malah membuktikan potensi besar untuk terus berkembang dalam dunia seni. Anggrek mungkin peserta paling muda, tetapi pada malam itu, dialah yang paling mencuri perhatian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring

