Artis / Selebriti
” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah kelihatan sebak ketika berduet dengan anaknya, Ayden Adrean di konsert pertama TTMM musim ke 2 buat ramai tersentuh. Sedapnya suara husky Ayden. Penuh penghayatan, sampai mummy pun sebak..
Bella Astillah bukan lah nama asing dalam industri. Tidak hanya Bella, anak lelakinya, Ayden Adrean juga antara si kecil yang sering mencuri perhatian warganet kerana kepetahannya bercakap dan menunjukkan kematangan sebagai seorang anak sulung yang selalu ada di sisi Bella.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Bella dan Ayden di konsert pertama Talk To My Manager (TTMM) musim 2. Bella dan Ayden pada awalnya dikatakan bakal menjadi peserta ke 11 untuk program realiti TV ini.
Menerusi video perkongsian tersebut, Bella dan Ayden berduet menyampaikan lagu dendangan asal penyanyi kesukaan Bella, Afgan berjudul Sampai Jumpa. Paduan suara Bella dan Ayden cukup sempurna dan meraih tepukan daripada para penonton yang hadir.

Pada usia Ayden sekarang, Ayden memiliki keberanian dan semangat yang kuat sama seperti ibunya. Nyanyian Ayden yang sarat dengan emosi ditambah pula dengan suara serak basahnya membuatkan hati warganet tersentuh dengan nyanyian Ayden. Ekspresi wajah Bella juga terlihat sebak melihat Ayden menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comel ibu & anak bujang ni..mana tumpahnya nasi klau x ke kuah..ha3..gituu..go Ayden go wpun aunty dh lma sgt xtgk tv.. “
” Sedapnya suara Ayden.. The way ayden look at her mother. Semoga terus menjadi anak yang menjaga dan membela ibu ya sayang.. “
” Sampai jumpa Afgan, memang sesuai dengan suara Ayden tu.. Sedap suara Ayden, rasa sebak pulak dengar.. “
” Banyak nya moment Bella dgn anak2…terlalu manis…this is a precious moment..One day Ayden akn tgk semua ni.. “
” Suara ayden ni rare tau! Kalau digilap boleh join level2 suara serak macam amir masdi & cakra khan.. “
” Dah besar Ayden. Kita pulak sebak. Anak sulung ni bukan apa.. dia saksi suka duka jatuh bangun sedih tawa segalanya untuk mak ayah dia.. kekuatan Bella.. Well done Ayden.. “
” Love this mommy & Son duet.. Bagus suara & showmanship ayden.. sedap lah suara buat surprise ye Ayden dan mama.. Serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. “
Duet yang menyentuh hati daripada Bella dan Ayden. Suara husky Ayden ini mengundang sebak, lebih-lebih lagi pada bahagian akhir lagu tersebut. Semoga Ayden terus membesar menjadi anak yang soleh, anak yang selalu meratukan ibunya dan menjadi kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring

