Artis / Selebriti
” Duet terpaling padu. Suara Dato’ M. Nasir original power, suara Kepom merdu menggamit rindu.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein Berpadu Suara Dengan Datuk M. Nasir Mendendangkan Lagu Suatu Masa Raih Pujian Ramai. Fuh Goosebumps Dengar Suara Gemersik Datuk M. Nasir. Suara Kak Lina Pun Padu. Duet Paling Gempak, Best Sangat !!
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Era FM, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Elly Mazlein berduet bersama lagenda muzik tanahair, Datuk M. Nasir. Ini merupakan video semasa Datuk M. Nasir hadir ke konti untuk mempromosikan Konsert Cipta.
Menerusi video ini, Kak Lina dan Datuk M. Nasir membawakan salah satu lagu hits Datuk M. Nasir berjudul Suatu Masa. Lagu ini yang mempunyai lirik puitis dan sememangnya menggamit memori pendengar di saat nyanyian mereka berdua diperdengarkan.
Datuk M. Nasir tidak dapat dipertikaikan lagi mutu suaranya, masih sama seperti dahulu. Sekali pun sudah berpuluh tahun berlalu, namun suaranya masih lagi maintain sedap sampai sekarang. Kak Lina pula, jika selalunya bersama artis lain perangai ‘masuk airnya’ pasti akan keluar, tetapi tidak kali ini.
Ramai di kalangan warganet yang mengusik Kak Lina kerana ini pertama kali Kak Lina cukup sopan ketika berduet. Suara Kak Lina juga tidak kurang hebatnya dan Kak Lina membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri. Datuk M. Nasir pun layan dengan lenggok suara Kak Lina menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Ada yang rindu tak karaoke Kepom? 👀 Kita belanja satu lagu dengan legend @mnasirmohamed 🙌🏻 Sapa yang belum move on dengan Konsert @datomn45ircipta lagi? 🥲 #CartaERA40 #ERARadioNo1PalingLegit
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” M Nasir macam “layan jelah dia ni” haha.. pehhh untung kak Lina pompom… bkn senang Dato’ M Nasir nk layan org2 senget masuk air ni tau. k.Lina kira bertuah, respon Dato’ layan baik siap senyum. ikut org lain dia x hingin nak layan lebih2.. ”
” Kepom, antara artis yg paling byk rakan duet hahaha.. suara m. nasir sungguh original power.. suara kepom merdu menggamit rindu.. ”
” Love M.Nasir punya voice. Never fails and just as I remembered dulu2 lagi. Elly pun tak mengecewakan.. ”
” M. nasir dengar smbil menilai.. tgok kepom mcm nak nangis dgr m nasir nyanyi.. Syahdunya lagu ni.. ”
” Rasanya ni first lagu yang buat kepom behave.. yang lain semua masuk air.. hehe.. nice.. Legend Dato M Nasir & Elly Mazlein(kak lina).. ”
” Sedap lah suara kak Lina .. sesuai ngan duet dato.. behave kepom kali ini. Duet terpaling paduuu, loveeeee.. best juga lagu ni bila berduet, masuk suara kak lina dengan datuk.. ”
” Aura pahlawan m.nasir … ke elly turut terbuai sama. bila behave dari kak kepon terus jadi elly mazlin.. sedap weii.. ”
Paduan suara yang sedap didengar dan membuai rasa. Kak Lina juga tersangat behave ketika nyanyiannya kali ini dan ia menambahkan lagi rencah dalam persembahan mereka berdua. Apa-apa pun, semoga pada masa akan datang akan ada lagi gandingan Kak Lina dan Datuk M. Nasir.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen