Connect with us

Artis / Selebriti

” Dua-dua senget, haha. Kadang aku pun lupa siapa Elly Mazlein.. ” – Netizen

Video Gelagat Ara Johari Berpadu Suara Dengan Elly Mazlein Buat Warganet Terhibur. Eh Ara Lupa Ke Yang Kak Lina Pun Penyanyi. Bukan Main Cabar Kak Kepom Eh, Sekali Kak Lina Bukak Mulut, Terkesima Ara. Memang Nombor Syatu Part High Note Tu, Hehe !!   

Menerusi akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ara Johari bersama Elly Mazlein atau Kak Lina. Ara pernah popular dengan lagu Bunga memperdengarkan suaranya kepada Kak Lina. Dek kerana Ara menyanyi dalam nada rendah, Kak Lina meminta Ara menyanyi dengan versi suara tinggi.

Ara pun terus tarik part chorus. Tiba turn Kak Lina, Ara pula mencabar Kak Lina. Membuat muka gabra sambil menelan air liur, reaksi Kak Lina ini mencuit hati ramai. Bukan perkara sukar untuk Kak Lina menyanyi dalam nada tinggi. Ini Kak Lina lah, hehe.

Klik gambar untuk info..

Gaya Kak Lina menyanyi juga menggeletek hati warganet. Sampai tertunduk-tunduk badannya mengikut lenggok suara. Sempat lagi Kak Lina menyelit jenakanya. Spontan sahaja Kak Lina letak microphone ke lantai, terus berderai ketawa kedua-duanya.

Kak Lina sememangnya mempunyai vokal yang padu dan suara yang lunak merdu. Bak komen warganet, bukan setakat Ara yang boleh lupa Kak Lina ini penyanyi, warganet pun kadang kala lupa kerana selalu melihat Kak Lina sebagai pengacara dan pelakon.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kak Lina punya high note lemak merdu dan tidak bingit sbb karakter tone suara dia jenis soft and easy listening… one of the besf vocal.. ”

” Kadang aku pun lupa Kak Lina ni penyanyi haha.. Kak Lina ni memang 1 dalam Sejuta. Please protect her jangan kasi lepas dekk.. ”

” Kadang aku lupa siapa elly mazlein.. ku kenal lina pompom dengan kampong people jekkk haha.. microfon ke lantai beb, punya padu dia nyanyi.. ”

” Deduaa sengettt hahaha lawak.. Kalo kaklina buat konsert, ramai nak pegi ni sebab lagu-lagu dia pun banyak yang hits dan best-best.. ”

” Drop mic ehh dia punya high note haha. dalam main-main pun sedap kak lina nyanyi.. fuhhh sedap la kak lina tarik.. ”

” Mic pun takut dengar suara padu sangat haha.. Mantap suara tapi kak lina buat lawak, pecah perut ketawa haha.. ”

” Aduii suka betul lah dengan kak Lina ni, lucu betul. dia campak betul ekk mic ke lantai haha.. punya lah nk gtau suara tu high note haha.. ”

Klik gambar untuk info..

Suara high note Kak Lina memang best, tak bingit telinga dan kedengaran lembut sahaja. Well, penyanyi nombor syatu tu dik, macam selalu Kak Lina sebut. Mana boleh lawan suara akak senior, hehe. Semoga pada masa akan datang, boleh digandingkan Kak Lina dan Ara dalam satu single, tentu melet0p.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT